Berita

Jom Level Up Skil, Masak Chicken Roulade Stuffed with Spinach & Menu Lain Secara Virtual Bersama Chef Sherson Lian

Maliah Surip
21/11/2020
07:40 MYT
Sponsor Banner
Jom Level Up Skil, Masak Chicken Roulade Stuffed with Spinach & Menu Lain Secara Virtual Bersama Chef Sherson Lian
Salah satu hal yang mengujakan untuk dilakukan sepanjang pandemik Corona yang melanda negara dan memerlukan kita duduk di rumah adalah memasak.
Lebih seronok jika aktiviti memasak itu dilakukan dengan mempelajari teknik atau resipi baharu.
Buat semua pelanggan Astro, jangan bimbang kerana anda boleh mengambil bahagian dalam kelas mahir memasak secara maya bersama pakar kulinari dan chef selebriti terkenal, Sherson Lian yang pertama kali diadakan.
Dengan siri Level Up! On The Table with Chef Sherson Lian, anda juga boleh level up skil masakan dan membuat kejutan buat seisi keluarga, apa lagi anda akan memasak menu yang tak biasa buat mereka.
"Saya akan mengajak anda semua memasak dua menu yang ringkas tetapi berlainan dari kebiasaan.
"Kebanyakan orang apabila mengatakan memasak ayam stail western, pasti teringat Chicken Chop.
"Tapi kali ini kita ubah hidangan ayam yang tak kurang hebatnya dengan memasak Chicken Roulade Stuffed with Spinach & Fetta. Iya bunyinya memang nampak sukar, tetapi percayalah ia sangat mudah untuk disediakan dan paling menarik, sedap dimakan!," kata Chef Sherson kepada Gempak.
Bersama menu utama itu, ia akan dihidangkan dengan Brussels Sprouts, Potatoes, Carrots.
"Sementara itu pencuci mulut pula kita akan sediakan Poached Pear Stuffed with Cream Cheese, Filo Pastry)," katanya.
Ditanya apa yang perlu disediakan oleh peserta memasak dalam kelas virtualnya nanti, chef yang sudah terkenal dengan program masakan seperti 5 Rencah 5 Rasa ini mengatakan ada dua perkara penting yang perlu diambil kira.
"Pertama, pastikan internet connection sangat baik. Dan kedua, semua bahan seperti bawang misalnya, sudah siap dikupas," kata Chef Sherson yang mengingatkan semua resipi akan disediakan bersama sepanjang kelas berlangsung.
Menerusi kelas virtual tersebut juga, Chef Sherson akan memberi tips tips memasak yang ringkas buat peserta.
"Sebenarnya ini juga pengalaman pertama saya mengadakan kelas secara virtual. Saya harap sesiapa yang mengikuti kelas ini akan ikut sama memasak, bukan hanya menonton. Ia pasti menyeronokkan," tambahnya.
Pelanggan boleh mendaftar dari sekarang hingga 22 November 2020 melalui laman web Astro Rewards untuk menempah tempat mereka. Kelas virtual pula akan diadakan pada 28 November 2020 bermula jam 11 pagi.
Sebanyak 15 pelanggan terpilih juga akan mendapat peluang eksklusif untuk berinteraksi secara maya dengan Chef Sherson Lian semasa kelas mahir memasak ini melalui Zoom pada 28 November, jam 11 pagi nanti.
Pelanggan yang tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam peluang interaktif ini, secara alternatif boleh menstrim 'Level Up! On The Table with Chef Sherson Lian’ di Facebook Live yang tersedia untuk semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Astro.
Anda juga boleh mengakses kelas memasak alam maya itu melalui ‘The Jiffies’, sebuah portal berita, gaya hidup dan hiburan tempatan.
Untuk maklumat lanjut dan membuat pengesahan kehadiran (RSVP) untuk menyertai kelas pakar memasak secara langsung ini, layari Astro Rewards.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar