Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Joshua Benedict Dinobat Juara Mr World Malaysia! - "Ia Tak Mudah, Tapi Tak Susah Kalau Ada Usaha"

Amri Hassan 26/10/2022 | 11:43 MYT

Kaunselor dan usahawan Joshua Benedict dinobatkan sebagai juara Mr World Malaysia 2022, menumpaskan 22 orang pesaing dalam pusingan akhir yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Joshua cemerlang dalam pusingan pakaian kebangsaan (national costume), beachwear dan formal wear sebelum diumumkan sebagai 10 peserta terbaik.
Kemudiannya, Joshua sekali lagi mencuri perhatian dalam pusingan soal jawab bersama juri terpilih iaitu pelakon Diana Danielle sekali gus dinobatkan sebagai juara tahun ini!
"Kemungkinan besar kemenangan ini disebabkan oleh pengalaman menyertai pelbagai pertandingan sebelum ini, tapi saja yakin semua peserta memberikan saingan sengit.
"Ia bukan mudah namun tidak sukar jika ada usaha.
"Saya rasa semua peserta yang datang ada kualiti, ada lebih 200 orang calon mendaftar dan kesemua finalis ada kebolehan sendiri, tapi saya yakin semua ada peluang untuk menang," kata Joshua.

Joshua selalu dibuli kerana parut

Joshua, 32, berdarah campuran Cina dan India yang mampu bertutur dalam empat bahasa. Berasal dari Johor, Joshua yang berketinggian 183 sentimeter mengakui berdepan dengan kekurangan apabila kerap dibuli sejak kecil disebabkan parut dan wajahnya.

Matlamatnya untuk memberikan kesedaran tentang anti-buli dan penderaan.
Tempat kedua milik perunding yang berasal dari Perak, Di Sheng, diikuti model dari Selangor, Arvind di tempat ketiga.
Penyanyi dan pelakon yang mencipta nama di pentas teater, Jayson Phuah terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat sebelum jurulatih kecergasan, Zaim Yazid di tempat kelima.
Mr World Malaysia 2022 dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dengan tema Lelaki Berdimensi yang telah memulakan pencarian sejak Mei lalu. Seramai 100 calon telah mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian acara berprestij itu.
Jawatankuasa penghakiman terdiri daripada Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Malaysia, Diana Danielle (Selebriti), Samuel Seow (Beam Artiste), Muzaamin (Editor GLAM Lelaki) dan Dewi Liana Seriestha (Miss World Malaysia 2014) menghakimi 23 finalis kepada 10 finalis teratas termasuk pemenang Mr Popular yang diundi oleh orang ramai.

A post shared by Universal Music MY (Domestic)? (@universalmusic_my)

Semak senarai penuh juara subsidiari Mr World Malaysia 2022:
● Mr Star Fitness: Edison
● Mr XChef: Shafiy
● Mr Stylo: Issac
● Mr Popular: Darren
● Mr Energetic: Ivan
● Best National Costume: Edison
● Mr Mighty Star: Edison
● Face of YU Clinic: Ivan
● Mr Publicity: Effendi
● Mr Congeniality: Jayson
Pemenang Mr World Malaysia 2022 membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25,000 dan akan mewakili negara di Mr World 2022/23 di United Kingdom yang dijadualkan tahun depan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Model #Johor #United Kingdom #Joshua Benedict #Kaunselor #Mr World Malaysia 2022
;