Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000 Sehari!

Firdaus 19/03/2024 | 11:55 MYT

Walaupun ramai yang cuba memboikot bazar Ramadan kerana kontroversi makanan dan harga yang dikatakan terlalu mahal, tetapi lain ceritanya buat peniaga air balang ini apabila dirinya mendedahkan boleh memperolehi sehingga RM10,000 dalam sehari.

Menurut peniaga yang dikenali sebagai Kamarul Azizie Abdul Rahim, 51, dirinya menganggarkan sebanyak 2,000 bungkus air terjual setiap hari.

BERITA TRENDING: Beli Popia Inti Hangus, Netizen Hampa Dengan Sikap Tak Jujur Peniaga Bazar Ramadan - “Nanti Boikot Kata Kita…”

Bagaimanapun, Kamarul mengakui keadaan cuaca memainkan peranan penting terhadap pendapatannya, namun masih boleh memperoleh purata jualan antara RM7,000 ke RM9,000 sehari.

"Kita ada pelbagai jenis air yang dijual dengan harga bermula RM5 sehingga RM8 dan Alhamdulillah, tahun sebelum ini, saya mampu meraih hasil jualan berbelas ribu sehari.
"Tahun ini kita terpaksa naikkan harga RM1 berbanding harga tahun lalu kerana kenaikan kos bahan mentah namun kita jaga kualiti air kita,” kongsinya.
Menjadikan perniagaan itu sebagai sumber utama pendapatan, Kamarul tidak menyangkal bahawa sukar untuk berjaya dan mencapai tahap di mana dirinya berada sekarang.
"Alhamdulillah selepas nekad berhenti kerja, inilah sumber pendapatan utama buat saya menyara keluarga.
"Sebenarnya bukan mudah untuk saya berada pada tahap sekarang kerana mula dengan berniaga dua balang air saja dan keropok lekor di sebuah pasar raya," katanya.
Sekadar info, Kamarul buat masa ini mempunyai 12 orang pekerja dan menjual sebanyak 34 perisa air balang di bazar Ramadan.
Sumber: Sinar Harian

#Viral #Ramadan #Netizen #Bazar #Bazar Ramadan #Penjual #Air Balang
;