Viral
"Jual Telur Mata Harga RM4.50?" - Netizen Terkejut Harga Makanan Peniaga Bazar Ramadan!
Seorang individu terkejut apabila mendapat tahu harga tidak masuk akal telur mata di bazar Ramadan yang didakwa berharga RM4.50 satu.
"Benda first aku terkejut sampai KL hari ini adalah orang jual telur mata Rm 4.50 dkt bazar," tulisnya menerusi hantaran yang dimuatnaik di Platform X.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut terkejut dengan hantaran yang dikongsi lelaki tersebut dan ada juga yang menghentam sifat peniaga bazar ramadan tahun ini yang seakan menjual harga cekik darah.
Benda first ak terkejut sampai KL hari ni adalah org jual telur mata Rm 4.50 dkt bazaar. ?
— Roni Yaakub (@abdulroniyaakub) March 12, 2024
"Bapak mahal. Patutnya RM1-RM1.50 okay dah la.
"Rasanya peniaga sekarang dah meniaga pakai USD
"Dah harga kayangan itu. Paling mahal pun RM2 pun cukuplah. RM4.50 dah melampau. Report kepada pihak berkuasa
"Seriouslah RM4.50, 10 kali ganda dari harga bahan mentah. Memang gila betul. Aku jual telur mata dari dulu sampai sekarang masih RM1 lagi.
"Kalau harga telur tak naik, tapi dia jual mahal mcm tu pun masih laku dan masih ramai orang beli sampai habis bulan puasa, maksudnya ramai yg ada lebihan cash dan ramai yg berkemampuan. Nasib baik dah takde pengeluaran kwsp 10k, kalau tak, mungkin lagi dahsyat la naik harga
"Tu RM4.50, ada juga kedai makan tomyam biasa jual harga telur dadar kosong sampai rm10.
Makin gawat ekonomi.
"Berniaga macam zionis je," komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 900 ribu tontonan di Platform X.