Hiburan
“Jujur Aku Cakap, Bukan Senang Nak Jaga Anak”- Ariz Forteen
Penyanyi kumpulan Forteen, Ariz Lufias akui bukan mudah untuk menjadi ibu bapa lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil.
Menurut Ariz Forteen ia pengalaman yang sangat mencabar apabila perlu menjaga anak kecil yang berusia 4 tahun yang difahamkan anak saudaranya.
“Nampak tenang je kan? Ni Aisy Aryan dah habis tenaga. Haha!
“ Jujur aku cakap, bukan senang nak jaga anak. Memang betul-betul mencabar,” katanya.
Ariz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video sedang mendukung anak kecil itu.
Tambah Ariz dia amat berbangga kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak.
“Tahniah buat semua ibu bapa yang rajin di luar sana. Kamu terima penghormatan tertinggi dari saya.
“Hanya Allah swt yang mampu membalas jasa kalian,” katanya lagi.
Selain Ariz, Forteen turut dianggotai oleh One dan Amir.