Laman Utama

Juliana Evans Bersalin Anak Kedua, Peminat Puji Tak Perlu Eksklusiviti - "Can Feel Your Humbleness"

Amri Hassan
17/06/2023
10:11 MYT
Sponsor Banner
Juliana Evans Bersalin Anak Kedua, Peminat Puji Tak Perlu Eksklusiviti - "Can Feel Your Humbleness"
Pelakon Che Puan Juliana Evans telah selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan pada pukul 8:26 pagi Sabtu,
Juliana, 33, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya memanjatkan kesyukuran atas kurniaan daripada Allah SWT itu.
BACA: Juliana Evans Tak Kisah Timang Anak Perempuan Lagi – “Saya Tahu Perasaannya…”
BACA: "Badan Macam Kena Langgar Bas..."- Trauma Epidural Tak Menjadi, Juliana Evans Terpaksa Persiapkan Mental Untuk Kelahiran Anak Kedua!
“Kelahiran adalah permulaan mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seseorang wanita.
“Alhamdulillah sekarang saya merupakan ibu kepada dua cahaya mata,” tulisnya ringkas.
Menjengah ruangan komen Instagram Juliana, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tak kurang juga memuji kerendahan budi pelakon itu yang berkongsi segalanya kepada khalayak termasuk wajah anaknya.
"Tahniah to both mother and father. Tiada exclusivity. Sharing the happy moment with all of us. We can feel your humbleness," puji @bonnylass69.
"Alahai comelnya, mancung hidung," tambah @princess_suci.
"MashaAllah comel dan nampak baby cerdik sgt," tulis @sitifarahalwaniz.
Pada Mac lalu, aktres itu berkongsi kepada umum bakal menimang cahaya mata kedua seperti yang didakwa peminat.
Sebelum ini, Juliana mengakui masih trauma dengan proses kelahiran pertama disebabkan epidural yang diambil tidak berkesan baginya beberapa tahun lalu .
Juliana berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar