Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Jumpa Adik Ni, Auntie Sunatkan Sekali Lagi" - Nourul Depp Tak Berkenan Aksi Remaja Cumbui Anak Nora Ariffin

Amri Hassan 04/09/2020 | 09:05 MYT
Penyanyi Nourul Depp kurang senang dengan tindakan remaja lelaki yang dikenali sebagai Zuher yang tular videonya bercumbu dengan anak gadis Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia baru-baru ini.
BACA: "Saya Mengaku Itu Anak Saya" - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Anak Gadis Bercumbu, Mohon Berikan Ruang
Amaran Nourul, dia mahu mentarbiah remaja terbabit seandainya bertemunya kelak.
"Auntir kalau jumpa adik ni, auntie sunatkan lagi sekali. Gatai no dia nak cium-cium anak dara orang.
"Besa tu... taulah handsome. Jangan nak duk gedik viral sangat. Mai sini auntie tarbiah kat telinga tu. Gatai no," ujarnya yang mengulang kicau entri dari Twitter.
Menerusi entri yang ditulis netizen, ada yang kurang senang apabila remaja lelaki terbabit terlepas daripada sebarang tindakan.
"Tak sekarang ni kenapa lelaki ni tak kena attack?! Why perempuan tu sorang je kena hadap?
"Nampakkan video tu siapa yang ambil langkah pertama dekatkan diri dengan siapa?
"Disebabkan ramai kenal perempuan tu, family perempuan tu bagai then tahu attack perempuan tu ja. Laki ni?" soal pengguna Twitter yang dikenali sebagai @mairachinnarat itu.
Pandangan itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan sehingga kini telah diulang kicau lebih 10,000 kali.
#Nora Ariffin #cium #Nourul Depp
;