Berita

Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther Dibawa Ke Mahkamah

Gempak
12/09/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther  Dibawa Ke Mahkamah
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.

BERITA BERKAITAN : Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

BERITA BERKAITAN : Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

BERITA BERKAITAN : Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

BERITA BERKAITAN : Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

Muhammed Yusoff yang memakai baju T berwarna hitam dalam keadaan bergari dibawa oleh pihak polis pada jam 9 pagi Khamis.
Pada Rabu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan, lelaki itu akan dituduh selepas ditahan di Jalan Bukit Kiara, di sini bagi membantu siasatan kes terbabit.
Sementara itu, peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Muhammed Yusoff yang direman selama enam hari sejak Sabtu lalu, akan didakwa berhubung penemuan senjata dan bahan terlarang terbabit.
Katanya, anak guam telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa senjata dan 305 gram disyaki dadah jenis ganja, bukan miliknya dan tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.
Peguam itu juga memberitahu, ujian saringan air kencing anak guamnya juga didapati negati Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini, menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.
Pada 14 Julai 2021, dia memfailkan saman mendakwa telah diserang Presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson. Dakwanya lagi, beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.
SUMBER:Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar