Hiburan

Jun Jin Shinhwa Tegur Sikap Peminat Terhadap Artis Kesayangan

Gempak
19/08/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Jun Jin Shinhwa Tegur Sikap Peminat Terhadap Artis Kesayangan
Salah seorang ahli kumpulan Shinhwa, Jun Jin menegur sikap hipokrit peminat terhadap selebriti yang cuba menjalani kehidupan peribadi mereka seperti orang biasa.

Peminat tidak bersetuju

Bintang tersebut melahirkan rasa pelik mengenai bagaimana segelintir peminat boleh menerima kehidupan peribadi mereka namun ada juga yang kurang bersetuju apabila idola mereka dilamun cinta atau berkahwin. Bagi Jun Jin, wujudnya “double standard” apabila perkara yang melibatkan artis kesayangan mereka.
Bagaimanapun, kata Jun Jin, dia juga berasa terharu apabila melihat peminat yang pernah menyokongnya semasa era kegemilangannya hadir ke konsert Shinhwa bersama keluarga mereka.

“Mereka datang sebagai keluarga tiga generasi. Saya tidak akan dapat melihat ini jika saya tidak menjadi sebahagian daripada Shinhwa.

“Ini semua adalah hasil sokongan dan kasih sayang peminat, tetapi ada yang membuatkan kami terasa apabila peminat semua sudah berkahwin dan datang ke konsert dengan suami dan anak-anak mereka, tetapi mereka terus memberitahu kami supaya jangan berkahwin,” katanya menerusi temu bual dalam rancangan Baek Ban Gi Haeng baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Bercinta’ Dengan Dongwan Di Kaca TV, Seo Yoon Ah Diugut Bunuh

Artikel berkaitan: Gadis Turki Bunuh Diri lantaran Ditentang sang Ayah karena Ngefans BTS

Artikel berkaitan: Wow! Jungkook BTS Bintang Kpop Paling Dicari Di Google...Punyai Lebih 10 Billion Tontonan Di TikTok!

Artikel berkaitan: Peminat Tidak Gembira Apabila Sunye (Wonder Girls) Mahu Kembali Aktif

Nyatakan sokongan yang sama

Dalam pada itu, Jun Jin juga menyarankan agar peminat dapat mempertimbangkan semula sikap mereka dan menunjukkan sokongan yang sama terhadap kehidupan peribadi idola seperti mana mereka mengharapkan artis kesayangan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Untuk info, Jun Jin mendirikan rumah tangga bersama dengan bekas pramugari, Ryu Yi-Seo pada Oktober 2017.
Selain Jun Jin, tiga daripada enam ahli Shinhwa yang sudah mendirikan rumah tangga adalah Eric dan Andy.
Sumber: Koreaboo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar