Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Jurugambar UK Ini Dakwa Ada Kedai Di Kuala Lumpur Jual Daging Kucing, Tapi Netizen Dakwa Sebaliknya

Izwan Isa 08/02/2024 | 09:55 MYT
Kecoh di laman sosial apabila seorang jurugambar asal United Kingdom, Ragib Choudhury mendakwa terdapat sebuah kedai terpencil di ibu kota yang menjual daging kucing.

BERITA TRENDING: Tak Nak Pergi Vaksi, Oyen Buat Hal Nyorok Dalam Meter Kereta! - "Dia Punya Akal Boleh Buat Bibik Panas Hati"

Menurut Ragib, menerusi gambar yang dirakam dan dimuat naik, dia mendakwa daging yang dijual tidak menyerupai daging ayam. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran beberapa ekor kucing dalam sangkar yang diletakkan berhampiran tempat memotong daging berkenaan.

Sejurus selepas hantaran Ragib tular, dia bertindak memadam kapsyen pertama yang ditulis dan digantikan dengan kapsyen yang ringkas.
Meninjau ruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan Ragib dan bertanya sama ada dia melihat dengan mata sendiri adakah penjual daging itu memotong daging kucing di hadapannya.
Sementara ada juga yang mendakwa daging-daging yang ada di gerai berkenaan bukanlah daging kucing, malah ada yang mendakwa ia merupakan daging babi.
Lain pula reaksi yang diberikan oleh pengguna platform X. Rata-rata terkejut dengan perkongsian berkenaan dan meminta pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap penularan gambar-gambar berkenaan.

BERITA TRENDING: Sumbat Satu Keluarga Kucing Dalam Bagasi, Netizen Caci Pembuang Kucing - “Semoga C*laka Lah Hidup Manusia…

#Daging kucing
;