Laman Utama

Kacak, Bergaya, Kuat & Tahan Lasak? Eh Bukan Zaquan Tapi Mitsubishi Triton Athlete Okay! Ini 6 Sebab Mengapa Anda Wajib Cuba

Hanafis Haris
15/11/2021
05:03 MYT
Sponsor Banner
Kacak, Bergaya, Kuat & Tahan Lasak? Eh Bukan Zaquan Tapi Mitsubishi Triton Athlete Okay! Ini 6 Sebab Mengapa Anda Wajib Cuba
Bermulanya fasa endemik ini, pastinya ramai yang akan ‘lepas geram’ untuk bergerak ke sana ke sini, sama ada untuk melancong bersama keluarga mahupun memulakan eksplorasi.

Disebabkan itu, mungkin ramai yang sedang mencari-cari satu kenderaan serba boleh baharu yang tahan lasak namun pada masa sama kelihatan ‘hensem’, bergaya dan garang!

Namun, tahukah anda Mitsubishi telah melancarkan satu model Triton 4x4 terbaru mereka iaitu Mitsubishi Triton Athlete.

Menariknya kali ini, kenderaan ini bukan hanya mampu meredah permukaan jalan yang lasak, malah Mitsubishi Triton Athlete sangat berkuasa untuk memikul apa jua bebanan. Sesuailah dengan namanya!

Berikut merupakan beberapa sebab anda perlu tahu tentang Mitsubishi Triton Athlete!

Eh Zaquan Pun Approve Triton Athlete?

Jangan tak tahu, pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha Radzak juga menggunakan Triton Athlete dalam kebanyakan aktiviti dan tugasan hariannya.

Siapa sangka, dalam tempoh pandemik ini, Zaquan agak terkesan apabila sesi latihan ditangguhkan.

Namun, ia langsung tidak menghalang Zaquan untuk teruskan perjuangan dalam tempoh mencabar ini!

Dengan Triton Athlete, Zaquan dengan mudah membawa segala kelengkapan latihan biarpun agak berat dan berkapasiti besar.

Malah, dengan sistem berkuasa, ia membolehkan pemanduan Zaquan sentiasa terkawal biarpun dalam keadaan jalan yang berbeza-beza.

Patutlah ia digelar Triton Athlete! Memang berkuasa betul!

Selain itu, Triton Athlete ini juga banyak membantu Zaquan dan isterinya untuk menambah pendapatan dengan melakukan perniagaan makanan.

Ye lah, dengan kapasiti luas di bahagian belakang, segala stok bungkusan makanan dapat dibawa.

Dengan pemanduan yang stabil, ‘4sure’ makanan tak tumpah!

Apapun, Triton Athlete mampu memberikan keyakinan dan kemampuan yang lebih untuk Zaquan menempuh segala cabaran.

Semangat untuk sentiasa memberikan prestasi terbaik sangat menggambarkan Zaquan. True Champion!

Paling penting Triton Athlete sangat berkuasa, lincah dan kuat, seperti mana Zaquan!

Apapun, berikut antara fakta wajib anda perlu tahu tentang Triton Athlete!

#1 4Sure Hensem Bergaya!

Rekaan Mitsubishi Triton Athlete terbaru ini boleh dikatakan sangat bergaya biarpun ia sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Rekaan lebih segar dan garang ini sekali gus memecah tradisi rekaan lama siri Triton.

Lihat saja pengunaan warna hitam pada bawah bampar hadapan, gril radiator ‘Dynamic Shield’, pemegang pintu atau cermin sisi, deflektor tingkap jenis aero.

Paling ‘garang’ rim 18 inci juga turut disertakan warna berkenaan.

Ditambah pula dengan ‘sticker’ yang tertulis 'Triton Athlete', kenderaan ini terus nampak lebih stail.

Selain itiu, ruang kabin juga menggunakan kemasan sulaman benang jingga pada stereng dan tombol gear dibalut kulit.

Terdapat tiga warna ditawarkan termasuklah Sun Flare Orange Pearl , White Diamond dan Jet Black Mica.

#2 4Sure Kawalan Lebih Baik!

Jangan tak tahu dengan Triton Athlete, pengalaman memandu ternyata bakal lebih mudah dan selesa.

Nampak saja seperti trak pikap, namun, anda akan merasai seperti memandu kereta sedan.

Yup! Begitulah pengalamannya, jika tak percaya anda wajib cuba!

Selain itu dengan keupayaan 4WD, kenderaan ini mampu menangkis pelbagai jenis kawasan jalan raya.

#3 4sure Power!

Jika sebut saja pacuan empat roda, pastinya kuasa enjin itu harus lebih berkuasa terutama untuk menempuh jalan ‘off-road’ yang lebih sukar.

Jangan bimbang kerana Mitsubishi Triton Athlete tidak akan mengecewakan anda.

Bukan saja bergaya di luar, malah ia turut dijana trenkuasa diesel 2.4L MIVEC Turbo dengan teknologi pemasaan injap variabel (VVT) berkuasa 181PS dan tork 430Nm.

Bawalah apa beban sekali pun, kalau sudah nama pun ‘athlete’, pastinya lebih berkuasa.

#4 4Sure Control!

Jika mahu memilih sebuah kenderaan serba boleh, bukan hanya perlu selesa memandu di lebuh raya, malah turut di jalan atau kawasan yang serba mencabar.

Dengan Mitsubishi Triton Athlete, ia bukan saja menawarkan sistem Super Select 4WD dengan mod off-road, malah ia juga dilengkapi Kawalan Turun Bukit (HDC).

Menerusi sistem 4WD, ia bakal memudahkan pemandu mengawal segala jenis cabaran di permukaan jalan raya.

Tidak kiralah jalan berbatu, berpasir atau berlumpur. Dengan Triton Athlete semuanya boleh diatasi.

Oleh itu perjalanan anda tidak akan tertanggu dengan permukaan jalan yang teruk.

#5 4Sure Lebih Tangkas

Siapa sangka dengan melihat saiz Mitsubishi Triton Athlete ini rupanya ia sangat berkemampuan untuk membuat pusingan luar biasa.

Jangan tak tahu, kenderaan berkuasa ini mampu melakukan radius pusingan 5.9 meter.

Kadar radius ini cukup untuk memudahkan membelok di tempat sempit atau ketika memarkir kenderaan.

Mudahlah, kalau tiba-tiba isteri mahu membeli belah di tempat-tempat yang sesak atau kekurang tempat parkir.

#6 4Sure Lebih Selamat

Perkara paling penting dalam memilih sesebuah kenderaan pastinya aspek keselamatan.

Menerusi Triton Athlete, semua kebimbangan itu boleh diatasi kerana ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang optimum dan menyeluruh.

Pakej keselamatan standard dibekalkan pada Triton Athlete termasuk Mitigasi Pelanggaran Depan atau Forward Collision Mitigation, Pemantauan Titik Buta atau Blind Spot monitor, Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik atau Ultrasonic Misacceleration Mitigation System.

Tidak cukup dengan itu, kenderaan ini turut dilengkapi Amaran Trafik Lintas Belakang, Lampu Suluh Tinggi Auto, dan tujuh beg udara SRS.

Malah, Triton Athlete turut dilengkapi Monitor Pandang Keliling seluas 360 darjah serta sambungan Apple Carplay dan Android Auto tersedia.

Fungsi Apple Carplay ini memudahkan pemandu menggunakan aplikasi GPS seperti Waze dan Google Map serta mendengar lagu daripada Spotify.

Hebat bukan? Jadi apa tunggu lagi?

Lawati bilik pameran dalam talian Mitsubishi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Triton.

Penonton dapat melihat 360 inci kereta (dalaman & luaran) dan tempah secara atas talian menerusi ‘Book-a-car Online’.

Harga Triton Athlete (2021) untuk pasaran Semenanjung Malaysia, ialah RM141,500, Pulau Langkawi (RM132,827), Sabah (RM143,500), Sarawak (RM143,550) dan Labuan (RM135,278).

Untuk log masuk ke Bilik Pameran Dalam Talian Mitsubishi: https://www.mitsubishi-motors.com.my/build/exterior.php

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar