Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kacak-Kacak Semuanya! Semak 5 Pemenang Bachelor of Malaysia Yang Akan Bertanding Di Peringkat Antarabangsa

Amri Hassan 17/04/2021 | 14:50 MYT
Bachelor of Malaysia (BOM) 2020 Special Edition telah melabuhkan tirai setelah 1 tahun menanti untuk menjayakan pertandingan ini atas kekangan pandemik Covid 19.
Pertandingan berbentuk virtual ini juga merupakan pertama kali dalam sejarah Male Pageant Industry di Malaysia.
Apa yang menarik, pada edisi kali ini, Bachelor of Malaysia telah bekerjasama dengan Mister International Malaysia dalam menjayakan satu pertandingan dalam memilih wakil Malaysia.
Bachelor of Malaysia merupakan satu pertandingan yang melibatkan peserta dalam bidang peragaan dan kecantikan. Seramai 5 orang peserta daripada 15 Peserta telah dipilih bagi mewakili Malaysia dalam pertandingan Male Pageant di peringkat antarabangsa.
Walaupun pertandingan ini diadakan bermula pada 4 April 2021 secara virtual, tetapi para peserta diuji dengan pelbagai cabaran termasuklah pengucapan awam, kecergasan fizikal, cabaran segmen penaja dan banyak lagi yang menggunapakai atas talian secara optima.
Pertandingan ini telah dimenangi oleh Dr. Benedict Yu, Irfan Aiman, Aiman Minsi, Hariz Othman dan Simon James.
Kesemua Top 5 Bachelor of Malaysia ini akan mewakili Malaysia ke pentas dunia mengikut jadual pertandingan masing – masing. Kesemua pemenang amat gembira dan berbangga dengan pencapaian yang telah digondol dan berharap mereka akan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Semua pemenang memenangi RM 2000 (tunai), tiket pulang balik ke tempat pertandingan (Luar Malaysia), Sash, Trofi, Biasiswa Pendidikan bernilai lebih RM 10,000, Dental Treatment dan Laser Whitening bernilai RM 5000 dan banyak lagi.
Pada malam pertandingan, Pengarah Program juga telah mengejutkan barisan peserta dengan pengumuman empat lagi peserta iaitu Hassanal Harries, Allistair Yu, Stefan Bradley, Sreebathy sebagai Calon “Runners Up” yang akan diberi peluang mewakili Malaysia untuk beberapa pertandingan lain.
Antara pertandingan yang akan diwakili oleh peserta Top 5 itu adalah
1. Mister Tourism World
2. Mister International
3. Man of the World
4. Mister Global
5. Gentleman of the World
Organisasi BOM berharap kecemerlangan anak muda akan terus bersinar sama seperti para pemenang BOM edisi ke 3 yang banyak mencipta nama di pentas dunia.
Mereka adalah Danial Hansen (Pemenang Mister Tourism World 2019), Caleb French (Ketiga Mister National Universe 2019), Zam Osman (Kedua Gentleman of the World 2019), Nasrul Zahari (Kelima Mister Model Worldwide), dan Uriel French (Mister Continental International Bachelor 2019).
#Malaysia #Pemenang #Bachelor of Malaysia #Male Pageant
;