Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kad Kahwin Pun Nak Lukisan Macam Arwah” - Ustaz Don Kenang Memori Dengan Kartunis Blues Untuk Aku

Mya Amri 29/06/2021 | 05:20 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal mengimbas kembali kenangan bersama kartunis Aie yang popular dengan karya Blues Untuk Aku.
Daniyal berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Daniyal disebabkan minatnya terhadap kartunis itu, kad kahwinnya juga direka seperti lukisan arwah.
“Pagi-pagi lagi dah dapat berita yang menyedihkan. Rakan strategik yang biasa bermesyuarat sekali untuk industri #komik di Malaysia iaitu Abang Aie a.k.a. Abang Blues Untuk Aku, Aku Dan Sesuatu, telah kembali ke Rahmatullah.
“Walaupun pengenalan singkat. Tapi sama macam orang lain bila jumpa idola. Saya #excited jumpa Abang Aie. Nak bagitahu kata punya minat, kad kahwin saya pun saya nak lukisan macam lukisan arwah
“Ada kawan nak bantu engage dengan Abang Aie (masa ni awal-awal dulu tahun 2011/2012) cuma tak berkesampatan. Jadi minta tolong kartunis yang ada masa time tu lukis. Pun masih lagi nak macam Blues Untuk Aku.
“Bila tahun 2014/2015 dapat duduk sekali. Allah…. Saya yang teruja. Semoga Arwah Abang Shaari Sulong ditempatkn dengan orang soleh dan diberkati hidup di dunia dan di akhirat.
“Saya sangat menghargai lukisan dan karya Abang. Abang memang #legend,” coretnya.

A post shared by Don Daniyal Don Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)

BACA: Kartunis Aie ‘Blues Untuk Aku’ Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Buah Pinggang
Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Sungai Manggis, Banting, Selangor akibat komplikasi buah pinggang.
#Ustaz Don #Ustaz Don Daniyal #Kartunis Aie #Kartunis Blues Untuk Aku
;