Hiburan

Kaedah Saintifik Buktikan Robert Pattinson Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Asraf Aided
06/02/2020
07:43 MYT
Sponsor Banner
Kaedah Saintifik Buktikan Robert Pattinson Lelaki Paling Kacak Di Dunia
Pelakon antarabangsa, Robert Pattinson telah diumumkan sebagai lelaki paling kacak di dunia.
Memetik laporan Daily Mail, perkara itu telah dibuktikan melalui kaedah saintifik yang dikenali sebagai 'Golden Ratio of Beauty Phi'.
Kaedah itu mengukur kedudukan paras wajah secara terperinci dimana Robert memperoleh ukuran kesempurnaan sebanyak 92.15%.
Wajah Robert telah dibandingkan dengan selebriti lain, hasil kajian itu mendapati Robert mempunyai mata, kening, hidung, dagu, rahang dan bentuk muka yang sempurna.
'Golden Ratio of Beauty Phi' merupakan satu kaedah yang telah wujud sejak zaman Renaissance dan ia telah digunakan oleh Leonardo Da Vinci dalam menghasilkan karya seni popularnya, Vitruvian Man.
Kaedah itu menggunakan idea kesempurnaan dalam masyarakat Greek Purba suatu ketika dahulu.
Para saintis masa kini mengambil formula yang sama untuk mengukur kecantikan manusia.
Sumber : Daily Mail UK
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar