Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff

Amri Hassan 25/03/2024 | 06:09 MYT
Pelakon Fatiya Latiff menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam, sekali gus menangkis tuduhan dirinya murtad.

BERITA TRENDING: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang Tau” - Fathia Latiff

Jelas Fatiya, tuduhan yang dibuat netizen berdasarkan sepotong video di TikTok itu merupakan dakwaan berat.
"Saya masih mengamalkan ajaran agama Islam, tapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa berasas.
"Kafir ialah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Terdahulu, Fatiya memberikan amaran kepada netizen agar tidak mengecamnya secara keterlaluan dan mungkin menjadi punca sekiranya dia keluar Islam.
Lebih membimbangkan apabila Fatiya seolah-olah memberikan bayangan tahun ini mungkin menjadi Ramadan terakhirnya.
Dalam hantaran sama, Fatiya menjelaskan individu yang berakronim namanya ZA bukan rakan baiknya manakala ZMW dan AH tiada kaitan dalam hidupnya.
"Kebanyakan yang saya katakan dalam video TikTok hanya sekadar pendapat dan cara untuk saya mengekspresikan diri sendiri.
"Netizen tidak mengganggu saya dalam apa cara sekli pun," jelasnya.
Fatiya turut memperbetulkan ejaan namanya Fatiya bukan lagi Fathia.

PILIHAN PEMBACA: Fathia Dah Warning, Kita Yang Lalai... Suami Heliza Masuk Senarai 'Investor Alert List'?

#Ramadan #Netizen #Fathia Latiff #Islam #Kecam #Murtad #Agama #Amaran #Kafir
;