Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kahwini Lelaki Kaya Bukan Alasan Maia Estianty Goyang Kaki, Selamba Bisnes Online

Faizal Saharuni 13/07/2021 | 14:18 MYT
Mendirikan rumah tangga dengan konglomerat terkenal sejak dua tahun lalu di Jepun, penyanyi popular Indonesia, Maia Estianty, 44, memilih hidup berdikari daripada bergantung sepenuhnya kekayaan dimiliki suami, Irwan Mussry, 60.
Erti kata lain, juri Indonesin Idol itu sentiasa ingin berdiri di atas kaki sendiri dalam usaha mencari wang poket bagi menambah pendapatan.
Situasi ini dijelaskan oleh Maia ketika ditembual oleh Kalina Oktarani menerusi program vlog disiarkan di akaun YouTube Vika Entertainment baru-baru ini.
Kalina bertanya tentang aktiviti yang dilakukan Maia saat menjalani Perintah Berkurung akibat pandemik Covid-19.
"Seperti biasa aku jualan dari online, which is aku sendiri yang menjual," kata Maia yang sibuk mengusahakan bisnes makanan ringan dan produk kecantikan wajah.
Tidak terkecuali, dia berasa pelik apabila masih ada pihak yang mempersoal pendiriannya untuk mencari duit sendiri sedangkan boleh memilih hidup bergoyang kaki di rumah.
“Jadi saya rasa mereka ini aneh untuk berkata begitu. Orang yang mahu kaya kena kerja kuat dong," ringkas jawabnya.
Berkongsi informasi mengenai suami kedua Maia, Irwan atau nama sebenarnya Irwan Danny Mussry dilahirkan di Surabaya pada 15 November 1962.
Irwan menaungi organisasi gergasi, Time International bertanggungjawab sebagai pemegang hak eksklusif dan penjual berdaftar kepada 60 buah jenama jam tangan mewah dunia seperti Audemars Piguet, Rolex, Breitling, Chopard, Cartier, Baume & Mercier dan Piaget.
Time International turut berperanan membawa masuk pelbagai label fesyen antarabangsa antaranya Chanel, Fendi, Valentino, Berluti, Celine dan Ermenegildo Zegna ke Indonesia.
Beliau juga pernah bergelar produser untuk beberapa filem seperti Susi Susanti: All Love, The Raid dan Foxtrot.
Kesibukan tuntutan kerja Irwan menyebabkan Maia turut mengisi waktu terluang dengan menghasilkan pelbagai kandungan kreatif rancangan hiburan sebagai tontonan peminat di YouTube miliknya, Maia Aleldul TV yang dilanggani sebanyak 938,000 pengguna.
Program berkonsep infotainment itu mengenengahkan wawancara topik hangat semasa dengan kemunculan artis jemputan selain Maia sendiri berkongsi rakaman perjalanan hidupnya dan keluarga.
Instagram: @maiaestiantyreal
#Penyanyi #Indonesia #Komposer #Kaya #Maia Estianty #Irwan Mussry #Bisnes Online
;