Berita
Kaka Azraf Ajak Lakukan Cabaran #gg2dance Untuk Menonton Gol & Gincu Vol. 2 Bersamanya.
Kaka Azraf Ajak Lakukan Cabaran #gg2dance Untuk Menonton Gol & Gincu Vol. 2 bersamanya.
Penyanyi Kaka Azraff mengajak semua peminat filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) untuk melakukan cabaran tarian #gg2dance di aplikasi TikTok.
Individu yang menyahut cabaran #gg2dance itu akan berpeluang menyertai kempen Tonton Gol & Gincu Bersama Kaka Azraff secara percuma.
Kempen tersebut telah bermula pada 15 Oktober lalu hingga 24 Oktober ini.
Tonton Gol & Gincu Bersama Kaka Azraff itu dilancarkan oleh Warner Music Malaysia dan Red Films dengan kerjasama TikTok.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyertainya;
- Muat turun aplikasi TikTok dari Apple App Store atau Google Play Store.
- Rakam video menggunakan aplikasi TikTok yang memaparkan anda menari berlatarkan lagu ‘Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff.
- Muat naik video TikTok anda dengan hashtag #gg2dance.
- Kongsi dan jemput rakan-rakan anda untuk menontonnya di aplikasi TikTok.
Cara-cara menari untuk cabaran ini, sila layari saluran Youtube Warner Music Malaysia atau klik di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=MnqN6mTdPcc .
GG2 dibintangi pelakon utamanya, Diana Danielle dan Ummi Nazeera bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.
Dengarkan lagu tema ‘Gol & Gincu Vol. 2’ – ‘Shout It Out’ oleh Kaka Azraff dan ‘Hari-Hariku’ oleh Aizat Amdan feat Intan Serah & Annabel Michael di pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox dan iTunes. Video muzik rasmi ‘Gol & Gincu Vol. 2’ pula boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia.
Ketahui lebih lanjut mengenai filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’ di laman web www.golgincu2.com.my dan layari Saluran Youtube Warner Music Malaysia untuk video cabaran ini atau klik di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=MnqN6mTdPcc .
Must-Watch Video