Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kaka Azraff Gementar Menuju Pentas AJL35 - “Semua Okay, Tak Serabut, Jaga Emosi I”

Azwa Rahman 01/03/2021 | 08:59 MYT
Penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya gementar menuju pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada 14 Mac ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Kaka berkongsi sedang bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memberikan persembahan yang terbaik.
It's already March! 13 more days until AJL. Honestly, i'm so nervous. Still preparing my mental and fizikal. It’s not easy to stay focus but i know i can, with the right support yang i perlukan.

A post shared by K A (@kakaazraff)

“To all Gila team, thank u korang! Sentiasa pastikan semua okay, tak serabut, jaga emosi i,” tulis Kaka di ruangan kapsyen.
Malah, Kaka turut mengambil kesempatan memberikan penghargaan kepada beberapa orang penting di sebalik lagu Gila serta semua peminat lagu tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya tidak henti memberikan kata semangat dan sokongan buat Kaka menuju AJL35.
I’m rooting for you. Go win this thing,” komen penyanyi Mimifly.
Good luck Kaka, i love GILA,” kata penyanyi Daiyan Trisha.
Top 3 for sure,” tulis seorang wargamaya.
Pressure cooker is on, we got this,” sokong seorang wargamaya lagi.
Pada pentas akhir AJL35 yang akan diadakan di Auditorium MBSA tanpa kehadiran penonton, Kaka bakal mempersembahkan lagu Gila bersama Noki dan Loca B.
Gila merupakan lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong.
#Kaka Azraff #AJL35 #Lagu Gila
;