Viral

Kakak Ipar Sahkan Marissa & Aslam Dah Nikah Di Siam, Netizen Tanya: “Ni Ke Maksud Kifarah Tu?”

Gempak
08/02/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Kakak Ipar Sahkan Marissa & Aslam Dah Nikah Di Siam, Netizen Tanya: “Ni Ke Maksud Kifarah Tu?”
Kecoh di laman sosial apabila kakak ipar kepada lelaki yang dikenali sebagai Aslam mengesahkan yang lelaki itu telah bernikah dengan Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand.
Memetik laporan medial, wanita itu berkata apa yang dihebahkan mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu adalah benar.
Hal ini sudah tentu menarik perhatian netizen, yang rata-rata memberi pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.
Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan kifarah:
Aslam yang difahamkan masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
Pada September tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.
Untuk rekod, isu rumah tangga Normah Hakim dan bekas isteri pernah menjadi sorotan suatu ketika dahulu apabila isteri kepada Norman.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar