Laman Utama

Kalah Bertanding, Influencer Maut Lepas Minum Alkohol Secara Langsung

Maliah Surip
23/05/2023
09:47 MYT
Sponsor Banner
Kalah Bertanding, Influencer Maut Lepas Minum Alkohol Secara Langsung
Seorang Influencer atau pempengaruh dari China dilaporkan meninggal dunia selepas meminum alkohol dalam jumlah yang banyak secara langsung di Douyin, platform media sosial TikTok versi China.
User Brother Three Thousand didakwa telah meminum sekurang-kurangnya tujuh botol alkohol jenis baijiu sewaktu bersiaran secara langsung pada Khamis lalu.
Influencer yang namanya didedahkan sebagai Wang oleh media tempatan bagaimanapun ditemui meninggal dunia 12 jam selepas itu.
“Dia ditemui telah meninggal dunia oleh keluarganya pada keesokkan hari tanpa sempat mendapatkan rawatan atau pertolongan,” kata seorang sumber kepada media tempatan seperti dilaporkan BBC.
Baijiu merupakan minuman yang mengandungi 60 peratus alkohol. Wang disifatkan sebagai seorang ‘pakar minum’.
Dia sebelumnya dikatakan telah terlibat dalam sebuah ‘pertandingan’ empat penjuru dalam usaha mengumpul hadiah terbanyak daripada penonton dalam masa singkat.
Namun Wang tewas dalam tiga pusingan menyebabkan dia perlu meminum baijiu sebagai hukuman.
Ironi, akaun Wang sebelum ini telah dihapuskan oleh Douyin kerana aksi ‘minum’ dan platform tersebut turut mengharamkan aktiviti minum alkohol secara langsung.
Kematiannya menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna internet di China, sekaligus mendorong usaha memperketat undang-undang dalam industri siaran langsung.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar