Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kalah Siti & Dayang, B40 Tak Mampu” - Ramai Merungut Konsert Aina Abdul Mahal? Tapi Banyak Dah Sold Out, How?

Hanafis Haris 25/04/2022 | 15:35 MYT

Selepas sekian lama menanti, peminat penyanyi bersuara lunak Aina Abdul akhirnya berpeluang untuk membeli tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan.

Difahamkan, konsert berkenaan dianjurkan berikutan sambutan terhadap A Night With Aina Abdul 1.0 yang berlangsung di Menara Ken TTDI, Petaling Jaya, tahun lalu.

Malah, skala konsert kali ini dikatakan jauh lebih besar daripada sebelumnya.

Namun, sejak hari ini juga kecoh rungutan beberapa peminat yang mendakwa harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 agak mahal.

Ada diantara mereka beranggapan dengan harga sedemikian rupa, ramai peminat khususnya golongan B40 tidak mampu menyaksikan konsert mega berkenaan.

Malah, ada yang membandingkan harga tiket itu dengan konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan juga Ella.

Sekadar info, menerusi laman web jualan tiket itu, harga ditawarkan serendah RM 113.36 (Reminiscing Blue Zone) hingga RM1246.96 (Sumpah Gold Seat).

Pun begitu, sehingga artikel ini ditulis, tiket berharga RM 113.36, RM830.96 dan RM1246.96 telah pun habis dijual.

Anda boleh lihat senarai harga tiket mengikut jenis kedudukan di sini.

Untuk makluman, Gempak cuba menghubungi Aina berhubung situasi berkenaan, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang respon.

Terdahulu, Aina memberitahu konsertnya itu bakal mengambil inspirasi daripada persembahan penyanyi antarabangsa popular, Adele.

"Saya mahukan konsert ini meninggalkan impak besar kerana konsert solo adalah impian saya.

"Jadi, saya sentiasa bersemangat dan cuba mencari kelainan bagi memastikan peminat dan penonton hadir berpuas hati dengan persembahan,” katanya.

;