Hiburan

"Kalau 50 Helai Baju Simpan Untuk Sentimental Value Dah Tak Kena Tu" - Salima

Amri Hassan
19/08/2019
00:47 MYT
Sponsor Banner
"Kalau 50 Helai Baju Simpan Untuk Sentimental Value Dah Tak Kena Tu" - Salima
Penyanyi Salima Habibi punyai pendiriannya sendiri mengenai penyimpanan pakaian, barang-barang dan makanan hingga berlebihan di rumah.
Kata Salima, seelok-eloknya barangan yang berlebihan itu dijual, disedekahkan atau dibuang (seandainya sudah tidak elok).
"Sekadar berkongsi, macam baju anak-anak, apabila sudah tak muat saya akan keluarkan dan asingkan dari dalam almari, masukkan dalam beg plastik atau paper bag.
"Mana boleh bagi kawan-kawan, mana boleh bagi saudara mara, saya akan serahkan pada ibu saya.
"Sentimental value? Bolehlah kalau nak simpan sehelai dua... tapi kalau 50 helai baju simpan untuk sentimental value dah tak kena tu," katanya.
Bagaimanapun, Salima menasihati golongan ibu yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata yang ramai untuk menyimpan pakaian bayi bagi mengelakkan pembaziran.
"Tapi untuk yang rajin beranak, simpanlah baju baby yang boleh guna untuk mana-mana jantina tu, sebab bukan semua orang ada kelebihan untuk asyik beli baru kan.
"Bukan baju anak-anak sahaja, baju-baju kita baju suami, handbag, kasut, pinggan mangkuk, buku-buku dan segala-galanya.
"Yang kita pakai hari-hari pun Allah akan tanya, yang tak guna pun Allah tanya," tambahnya.
Keterikatan dengan dunia yg adakala kita terlepas pandang tapi penat nak menjawab di akhirat kalau tidak bertindak sekarang. . Mari kita muhasabah sama sama. . Sekadar berkongsi, mcm baju anak2, bila dh tak muat jer sal akn keluarkn dan asingkn dr dlm almari, masukkan dlm bag plastik atau paper bag. Mana boleh bg kawan2, bg kawan2, mana boleh bg saudara mara, sal akn pass pd mak sal. . Sentimental value? Rasulullah saw adalah insan yg paling berakhlak mulia seluruh alam, 'touch' yg paling mahal drpd baginda adalah doa baginda utk ummatnya yakni kita, itu yg kekal hingga skrg...boleh la kalau nak simpan sehelai dua... tp kalau 50 helai baju simpan utk sentimental value dah tak kene tu hehe... . Tp utk yg rajin beranak, simpan lah baju baby yg bleh guna utk mana2 jantina tu, sbb bkn semua org ada kelebihan utk asik beli baru kan... . Mcm baju rayyan dlu ada jugak yg sal simpan n asmaa' pakai time baby, skrg baju2 tu semua dh let go... alhamdulillah??? . Bukan baju anak2 je, baju2 kita baju suami, handbag kasut segala bagai, pinggan mangkuk, buku2 dan segala galanya...yang kita pakai hari hari pun Allah akn tanya, yang tak guna pun Allah tanya. . Moga Allah selamatkan kita dari terkena walaupun bahang api neraka???
A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on
Peringatan Salima itu sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada pengikutnya untuk tidak berlebih-lebihan mengumpul harta hingga menyebabkan pembaziran.
Malah, ada yang mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cara menyimpan barangan pusaka dan peninggalan insan yang telah meninggal dunia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar