Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Kalau Ada Boyfriend Asyik Nak Berkepit Je" - Aina Abdul Single Ker Taken?

Amri Hassan 22/06/2021 | 06:50 MYT
Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya kini masih single tetapi belum terbuka untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki.
Jelas Aina, 28, dia bimbang cinta akan membuatkan dirinya hanyut dan terbuai-buai hingga mengabaikan fokus utamanya dalam dunia seni.
"Saya masih lagi single tetapi not available. Kali terakhir saya bercinta (yang tak kesampaian) adalah pada tahun 2014, sejak dari tempoh itu saya sudah menutup pintu hati saya.
"Bagi saya, ini bukannya waktu terbaik untuk saya bercinta atau mempunyai kekasih.
"Sebab saya tahu, Aina Abdul ni kalau bercinta, dia akan lalai dan leka buat kerja. Asyik nak berkepit dengan teman lelaki saja ibaratnya.
"Jadi, tak naklah perkara itu berlaku sekarang kerana sasaran saya dalam tempoh 10 tahun ini nak kerja betul-betul," katanya kepada Gempak.
Aina ditemui pada sesi sidang media maya single duet Warna Warni bergandingan dengan Daniesh Suffian pada Isnin.
Tambah Aina lagi, pandangan itu bersifat peribadi dan tidak menujukan kepada mana-mana pihak.
"Bukan bermakna jika ada teman lelaki kita akan lalai, tidak. Saya tujukan kepada diri saya sendiri.
"Saya hanya ada dua cara sahaja, sama ada saya akan terlalu fokus berkerja atau akan asyik bercinta. Saya jenis yang tak pandai seimbangkan dua benda dalam satu-satu masa.
"Tak mengapa, kalau tak ada kekasih sekarang mungkin lelaki itu akan datang dalam hidup saya pada waktu yang tepat sepertimana yang sudah disusun Allah. Siapa tahu?" ujarnya.
Sementara itu, single duet Warna Warni menjadi kolaborasi sulung Aina dan Daniesh yang semakin mendapat sambutan positif sejak dilancarkan pada 19 Jun lalu.
Lagu Warna Warni itu merupakan hasil ciptaan tiga komposer dan penulis lirik terkenal dan berpengalaman iaitu Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.
#Bercinta #Penyanyi #Kekasih #Teman Lelaki #Boyfriend #Aina Abdul #Daniesh Suffian #Warna Warni
;