Hiburan

"Kalau Ada Majlis Raikan Semua Frontliners, Saya Sukarela Jadi Pengacara Secara Percuma!" - Pak Nil

Asraf Aided
09/06/2020
06:59 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Ada Majlis Raikan Semua Frontliners, Saya Sukarela Jadi Pengacara Secara Percuma!" - Pak Nil
Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil berkongsi potongan video para petugas kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri Ahad lalu.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Pak Nil, para petugas barisan hadapan berhak meluahkan rasa gembira dan mereka wajar untuk menerima penghargaan dari masyarakat.
Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma jika ada majlis meraikan semua wira barisan hadapan yang telah berusaha keras menangani krisis COVID-19.
"Tak apalah, bagilah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan.
"Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini! Kalau ada majlis meraikan semua wira-wira frontliners, saya volunteer jadi pengacara majlis Free of Charge! Tahniah Malaysia!" tulis Pak Nil sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Pak Nil turut berasa terharu dan sebak mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan.
Ahad lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang akan mula dilaksanakan bermula esok (10 Jun 2020).
Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.
Apapun, pastikan anda sentiasa mengambil langkah berhati-hati, jaga jarak sosial, kebersihan tangan dan patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Semoga Malaysia mampu mencapai status sifar COVID-19 dalam masa terdekat!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar