Berita

"Kalau Aku Pergi Dulu, Aku Nak Baring Sebelah Kau Jugak Bang" - Aril Luah Rasa Rindu Pada Arwah Abang

Rozaimi Zubaidi
20/01/2019
18:16 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Aku Pergi Dulu, Aku Nak Baring Sebelah Kau Jugak Bang" - Aril Luah Rasa Rindu Pada Arwah Abang
Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril meluahkan rasa rindu terhadap arwah abang kesayangannya, Izwan Pilus yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aril berkongsi luahan isi hatinya semalam dengan memuat naik foto arwah abangnya.
"Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu, nak kongsi sedikit rasa yang setiap insan dalam dunia ni akan lalui iaitu #KEHILANGAN orang yang tersayang.
"Hari ini genap 7 tahun #IzwanPilus pergi meninggalkan kita mengadap ilahi, rasa #RINDU yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama.
"Rasa #TERKILAN melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai, semoga tenang rohnya bersama orang-orang yang beriman.
"Aku sayang abang aku sorang ni, kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang. Aku sentiasa doakan kau, sentiasa," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar arwah Izwan Pilus ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan berharap Aril dapat melaksanakan cita-cita abanya itu.
Allahyarham Izwan Pilus menghambuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar