“Kalau Anak Sendiri Dimaki Hamun Ba** & Sial…” - Khazrul Dakwa Anju Wanita Toksik?
Nampaknya episod pertelingkahan antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih belum selesai.
Terbaharu, menerusi akaun TikTok, Khazrul mendakwa Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju merupakan seorang wanita toksik.
Menurut Khazrul, Anju pernah memukul kepada adiknya dengan telefon bimbit dan juga memarahi anaknya dengan panggilan yang kurang baik.
“Tak payah lah acah suci walhal diri tu penuh kekotoran. Adik sendiri pun dia pukul kepala dengan handphone.
“Mak dia sendiri halau dia keluar dari rumah tu banyak kali dah sebab biadap dan chemical women. Kalau anak sendiri di maki hamun dengan perkataan babi dan sial dari mulut sendiri manalah anak tu nak rapat dengan ibu.
“Hari-hari anak tu tidur dengan nenek sebab mak dia toxic! Banyak lagi kisahnya kalau nak cerita, kita buka sikit dulu. Nak sangat kan,” tulisnya dalam satu hantaran.
Dalam satu lagi hantaran, Khazrul juga menyatakan dia tidak kisah sekiranya pagar rumah yang dibina itu dirobohkan.
“Manusia apakah dia ni hati kotor dan keji. Suka buka aib orang dan kita tengok buka aib dia pulak macam mana kan. Acah acah suci!
“Panas nampak? Hello dear pagar tu sila robohkan je tak ada isu lain ke nak petik? Dah pokai ke tak ada duit nak sambung? 8k? Hahaha better i sedekah pada orang lain dari melayan benda bodoh dengan you ni.
“Mula kata tak nak, lepas tu nak sambung then mintak 8k. Dah miskin sangat ke tu? Tak ada duit nak bayar kereta sewa ke? Rasakan bila orang buka aib you macam mana,” tulisnya.
Lebih-lebih apabila Anju turut naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen ringkas “Broken tapi masih bertahan,".