Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kalau Benci Saya Jangan Sampai Aniaya Orang Lain” – Coki Dapat Order Misteri, Terpaksa Bayar Jumlah Banyak

Mya Amri 19/08/2021 | 08:45 MYT
Personaliti media sosial, Coki meluahkan rasa kesal selepas beberapa kali menerima pesanan penghantaran makanan palsu di rumahnya.

Coki menerusi akaun Instagram miliknya memaklumlan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu telah menganiya orang lain yang mencari rezeki.

“Bergurau ada batasnya... Jangan sampai aniya orang lain yang mencari rezeki halal. Kes pertama dan kedua kami terima dan bayar order walaupun kami TIDAK order...

“Tapi semalam sampai tiga rider hantar di rumah... Jangan lah buat macam ni...” tulisnya.

Disebabkan perkara itu juga, Coki memaklumkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan untuk memastikan kejadian itu tidak berulang lagi.

“Kalau benci saya pun jangan sampai aniya orang lain... Maaf juga kami terpaksa ambil tindakan. Makin diam makin menjadi.

“Kalau ada kekurangan dari pihak saya... Saya mohon maaf dan saya maafkan kamu. Tolong jangan ulangi dan aniaya orang,” maklumnya.

A post shared by DANISHDANIEAL (@___.coki)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan tindakan itu selain berpesan supaya Coki dan keluarganya menjaga diri.

“Strong dan sering baca Al-Quran minta perlindungan kepada Allah SWT,” pesan @__anfki.dnsh

“Jangan lupa berdoa terus Ki biar pelakunya cepet ketemu stay safe,” pesan @brilianinsn_

Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 16, mula dikenali ramai menerusi aplikasi TikTok sebelum ini.

#Personaliti Media Sosial #Instafamous #Aniaya #Penghantaran makanan #Coki #Delivery #Order Tipi-Tipu
;