Berita

“Kalau Dapat Bini Tak Suka Mama Macam Mana?”- Lucu! Ini Jawapan Baem Pada Ibunya

Syafiqah Jalal
21/06/2019
08:21 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Dapat Bini Tak Suka Mama Macam Mana?”- Lucu! Ini Jawapan Baem Pada Ibunya
Sepotong video yang dikongsi oleh isteri jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida ke akaun Instagram mendapat perhatian netizen
Video tersebut menunjukkan perbualan antara dia dengan anaknya Baem dan Qadejah.
Rata-rata terhibur dengan jawapan Baem selepas ditanya soalan cepumas oleh Shahida.
Shahida telah bertanya jika satu hari nanti dirinya sudah tua dan uzur, adakah Baem akan menyisihkannya daripada hidup. Baem pun menjawab dia akan menjadi seorang ustaz, jadi mana mungkin dia membuang ibu sendiri.
Bagaimanapun, soalan daripada Qadejah yang tiba-tiba mencelah masuk membuatkan ramai lebih terhibur.
“Kalau dapat bini tak suka mama macam mana?,” tanyanya.
Jawapan selamba Baem telah mengundang tawa ibunya. Ia benar-benar mencuit hati netizen.
Ramai yang menyifatkan Baem sebagai seorang anak yang bijak dan kelakar.
Dalam pada itu, ramai yang geIi hati mendengar soalan cepumas Qadejah yang disifatkan sebagai pengaruh drama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar