Berita

"Kalau Gagal Saya Akan Lompat Dalam Laut...Get Out!" - Freddie Fernandez Nak Jumpa Perdana Menteri Jika Sheila Enggan Letak Jawatan

ZULHILMI JALIL
30/11/2020
08:39 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Gagal Saya Akan Lompat Dalam Laut...Get Out!" - Freddie Fernandez Nak Jumpa Perdana Menteri Jika Sheila Enggan Letak Jawatan
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez akan menggunakan saluran tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekiranya Datuk Sheila Majid enggan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).
Menurut Freddie yang juga ahli RPM, sehingga kini seramai 114 orang ahli RPM sudah menandatangani petisyen agar Sheila melepaskan jawatan ekoran kegagalannya menguruskan badan perlesenan kutipan royalti tersebut.
"Saya dah lawan mengenai perkara ini selama 20 tahun. Ini merupakan kali terakhir saya akan cuba berusaha untuk menyelesaikannya. Kalau saya gagal saya akan lompat dalam laut.
"Jika Sheila masih tidak mahu undur diri, saya akan jumpa Perdana Menteri untuk selesaikan masalah ini. Lagipun beliau ada anak yang juga seorang artis," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor.
Hadir sama, penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, komposer Mohamad Rafi Shafie, dan komposer Ito.
Sebelum ini, isu pengagihan royalti mencuri tumpuan industri apabila Suranjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung isu dana kutipan royalti.
BACA: SPRM Serbu Empat Pejabat Badan Pengurusan Royalti Artis
Menurut Freddie, segala permasalah yang timbul mengenai pengagihan royalti ini tidak akan selesai sekiranya Sheila enggan meletakkan jawatan.
"Saya sudah 50 kali suruh Sheila letak jawatan. Sudah tiba masanya. Jangan rosakkan industri kita. Di luar sana ramai orang dah susah.
"Baik Sheila atau semua ahli lembaga pengarah, get out!," katanya.
Pada masa sama, katanya, seramai 67 ahli badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) yang sudah dibubar memberi mandat kepadanya untuk menguruskan hak mereka.
Sebagai info, Sheila sudah memegang jawatan sebagai pengerusi RPM selama tujuh tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar