Laman Utama
“Kalau Harimau Tengok Mesti Menangis” - Penampilan Neelofa Pakai Tudung Bawal & Berpurdah Dapat Pujian Netizen
Selebriti dan usahawan fesyen Noor Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila tampil mengenakan tudung bawal bersama purdah.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa memuat naik dua keping foto mengenakan tudung bawal dari warna ungu lembut untuk tatapan umum.
“Effortless yet stylish, Liya is ready to invade your looks soon,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Neelofa yang sebelum ini sering dilihat memakai niqab tampil memperkenalkan koleksi tudung bawal terbarunya yang dipakai bersama purdah.
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan bekas pengacara MeleTOP itu apabila manis dan ayu apabila mengenakan tudung bawal.
“Cantiklah pakai bawal purdah macam ni,” komen seorang wargamaya.
“Ya Allah cantiknya akak pakai tudung bawal,” puji seorang wargamaya.
"Kalau harimau tengok mesti menangis," usik seorang wargamaya.
“Cantiknya Neelofa pakai tudung bawal labuh,” kata seseorang wargamaya.
“Neelofa with bawal really hits different, lawa betul,” tulis seorang wargamaya.
“Bawal wehh bawal, cantiknyaaaa,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir suku juta tanda suka daripada pengikutnya.