Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kalau Ikutkan Hati, Saya Nak Jumpa Dia Face To Face” - Isu Chopsticks, Adam Corrie Harap Netizen Jangan Cepat Menghukum

Izwan Isa 31/03/2022 | 13:50 MYT

Bulan lalu, kecoh di media sosial apabila tindakan pelakon Adam Corrie menggunakan chopsticks ketika menjamu selera menuai kritikan daripada seorang netizen. Menerusi komen yang ditinggalkan, netizen tersebut berkata yang hukum menggunakan chopsticks ketika makan adalah didakwa haram.

Namun, menurut Adam, dia telah merujuk kepada beberapa orang ustaz dan ternyata menggunakan chopsticks termasuk dalam kategori budaya dan tidak ada kena mengena dengan agama dan akidah.
BACA: Ada Individu Tegur Adam Corrie Makan Dengan Chopstick, Haram Katanya
Mengulas kembali situasi berkenaan, Adam berkata, setiap individu termasuklah netizen serta pengguna media sosial perlulah sentiasa berhati-hati ketika meninggalkan komen di alam maya.
Katanya, agama Islam sendiri mengajar umatnya untuk mendoakan terlebih dahulu sebelum mengkritik seseorang.
“Bagi saya orang yang selalu komen macam ni adalah disebabkan dia dah bangga (dengan dirinya) dia boleh komen suka hati. Dia rasa dia tak perlu bersemuka dengan orang itu jadi dia hentam macam-macam.
“Bagi saya macam ni lah. Kalau kita tak cukup ilmu, belajar dulu. Tanya orang yang ada pengalaman, barulah kita komen. Dalam Islam pun mengajar kita untuk doakan orang dulu sebelum kita hentam,” katanya ketika ditemui pada Hari Usahawan Negara 2022 yang berlangsung di WTCKL baru-baru ini.
Menurut Adam, dia memang bertanya kepada guru-gurunya dan menerima maklumbalas bahawa penggunaan chopsticks hukumnya harus.
“Orang ingat pengguna chopsticks merupakan amalan agama. Sebelum kita nak komen kita kena tahu sama ada ia amalan agama atau sekadar budaya. Janganlah kita terus hentam, terus bahan orang dengan menulis hal-hal yang tidak baik.
“Kalau ikutkan hati saya, saya nak jumpa dia face-to-face. Tentulah, apabila tidak berdepan, dia akan cakap apa yang dia suka. Tetapi kalau dia berdepan, mungkin dia goyang kot,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hari Usahawan Negara 2022 yang berlangsung di WTCKL dari 24 hingga 28 Mac 2022 lalu merupakan acara julung kali diadakan dan melibatkan 1000 lot pameran usahawan tempatan dan pelbagai agensi kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk menjadikan Hari Usahawan Negara 2022 sebagai acara tahunan dalam majlis perasmian.

#Makanan #Adam Corrie #Agama #Haram #Halal #Budaya #Chopsticks
;