Laman Utama
"Kalau Ikutkan, Nak Bercakap Dengan Zul Ariffin Pun Saya Takut!" - Uyaina Arshad
Pelakon yang semakin mendapat perhatian, Uyaina Arshad akui berasa gentar ketika mula-mula mengetahui akan bergandingan bersama aktor Zul Ariffin dalam drama Love Elsa.
Menurut Uyaina, dia menghormati Zul sebagai pelakon senior bernama besar dalam industri hiburan.
"Pada mulanya saya tak tahu akan bergandingan bersama Abang Zul, mula-mula tahu memang saya rasa gentar.
"Tapi lama-kelamaan saya rasa okay, dia (Zul) pun banyak membantu di set penggambaran jadi, proses lakonan kami menjadi lancar," katanya.
Uyaina berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtual bagi mempromosikan drama tersebut pada Rabu.
Tambah Uyaina, Zul juga suka menyakat di set penggambaran.
"Selain itu, Abang Zul juga suka bergurau dan menyakat di set.
"Kalau diikutkan rasa hati saya ini, nak bercakap dengan dia pun saya takut," selorohnya.
Selain Zul dan Uyaina, Love Elsa arahan Michael Ang ini turut dibintangi Riz Amin, Mona Allen, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Love Elsa ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria menerusi slot Megadrama.
Ia juga boleh distrim menggunakan aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.