Viral
"Kalau Ingat Balik Berdosanya Saya ..." - Datin Seri Shahida Hampir Gugurkan Baem, Sebab Apa?
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mengakui pernah ke klinik untuk menggugurkan kandungan anak ketiganya, Baem Adham.
Mengimbas semula detik-detik ketika berusia 27 tahun, kata Shahida dia akui tertekan apabila mengetahui dirinya sedang berbadan dua ketika ekonomi tidak stabil.
"Dulu waktu mengandung Baem anak-anak semua kecil lagi, mengandung Baem umur saya 27 tahun.
"Waktu tu bila tahu pregnant saya tak happy langsung sebab sangat-sangat tak nak ada anak lagi dengan ekonomi tak berapa baik.
"Saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan.
"Doktor kat klinik pun marah saya, itulah manusia ni, rezeki duit nak rezeki anak dia tolak," kongsi Shahida menerusi Instagramnya.
Tersentak dengan kata-kata doktor terbabit, Shahida mengambil keputusan untuk meneruskan kandungan walau berdepan kemurungan.
"Saya terkedu dan berfikir kembali apa yang saya nak buat ni salah, saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan.
"Kalau ingat balik berdosanya saya tak terima rezeki Allah nak bg ni.
"Doktor tu cakap awak tak kasihan kat anak awak ni? Dia dah ada jantung.
"Nanti esok-esok dia nilah anak yang membahagiakan awak.
"Terus perasaan naluri ibu tu datang...saya tak malu nak cerita sebab untuk pengajaran kita semua.
Tambah Shahida, kehadiran Baem selain menguji imannya, anak ketiganya itu disifatkan sebagai penghiburnya.
"Ya sememangnya betul Baem penghibur saya, seingat saya beberapa kali saja saya cuba nak pukul dia tapi tak sempat sebab dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah.
"sekarang dah besar dah anak-anak ni, tak lama lagi dapat menantu.
"Apapun hargai rezeki Allah bagi. Insya-Allah kita reda yang baik-baik datang pada kita," tulisnya lagi.