Berita

"Kalau Mati..Sorang Tu Je Yang Tinggal"- Abam Ada Cakap Mengenai Kematian 2 Minggu Lalu Ketika Ditemu Bual Wartawan

ZULHILMI JALIL
11/02/2020
03:35 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Mati..Sorang Tu Je Yang Tinggal"- Abam Ada Cakap Mengenai Kematian 2 Minggu Lalu Ketika Ditemu Bual Wartawan
"Nak jarak-jarakkan anak, sekali nak jarakkan tiga tahun, sebelum tiga tahun mati, seorang tu je lah yang tinggal, nasib baik anak kita lelaki"
Itu antara bait-bait yang keluar daripada mulut arwah pelawak Abam Bocey ketika ditemu bual penulis kira-kira dua minggu lalu pada 29 Januari 2020.
Ketika itu Abam ditemui sewaktu menghadiri sidang media pelancaran Teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Jawapan itu diberikan secara berseloroh ketika menjawab pertanyaan penulis apabila diajukan soalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.
Bahkan itu sebenarnya bukan perkataan mati yang pertama keluar daripada mulut arwah Abam.
Sebaliknya, ia merupakan kali kedua pelawak itu menyentuh soal mati ketika diajukan soalan dalam sesi interviu yang sama.
"Saya 'rancang' je setiap hari, kalau ada, ada lah, kita tak tahu sebab entah tiga empat tahun mati pulak, nanti seorang je anak," katanya yang mengulang sebanyak dua kali perkataan mati.
Hari ini, penulis menyedari bahawa perkataan 'mati' yang keluar daripada mulutnya itu seolah-olah memberi petanda bahawa 'hari'nya pada masa itu sudah hampir tiba.
Namun, siapa sangka, hanya selepas 12 hari, apa yang dituturkan arwah Abam itu kini menjadi realiti.
Arwah Abam meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan selepas menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Ia merupakan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Siti Norhidayah pada Disember 2017.
Apapun, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan.
Semoga rohnya terus dicucuri rahmat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar