Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kalau Mereka Nak Kahwin Biarlah, Takkan Kita..." - Mimi Lana Perjelas Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle.

Hanafis Haris 27/02/2020 | 17:35 MYT
Pelakon tinggi lampai Mimi Lana akui tidak tertekan biarpun ramai rakan-rakan artis telah mengikat ikatan perkahwinan sejak kebelakangan ini.
Menurut Mimi, dia tidak pernah menyifatkan perkara berkenaan sebagai satu masalah, sebaliknya lebih menganggap perkahwinan rakan-rakannya itu sebagai satu berita baik dan perlu diraikan bersama.
"Bagi saya buat apa nak ikut orang. Kalau mereka nak kahwin biarlah takkan kita pun nak kahwin.
"Sama juga kalau cerai takkan kita pun nak ikut cerai. Bagai saya senang je belum sampai seru," katanya.

Second week for #dramachandelier ..I hope you guys enjoy the show ! See you guys tonight loves ✨?

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Tambah Mimi, dia dan kekasihnya, Syafiq Kyle kini lebih memilih untuk fokus dalam kerjaya masing-masing.
"Buat masa ini saya tengah nak discover diri sendiri, karier dan saya rasa Syafiq juga begitu.
"Masing-masing ada fokus dan sasaran untuk diri sendiri," katanya.
Untuk makluman, Mimi antara pelakon yang membintangi Megadrama terbaru berjudul Chandelier.
Memegang watak Keisha iaitu seorang 'pisau cukur', Mimi buat pertama kalinya bakal bergandingan dengan Ben Amir yang membawa watak Kaef.
Malah, Chandelier turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Norman Hakim, Zamarul Hisham, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Drama arahan Michael Ang ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
#Mimi Lana #Chandelier
;