Hiburan

Kalau Nak Spot Check, Saya Tak Ambil Job & Tinggalkan Suami Sendiri Di JB – Mia Ahmad

Mya Amri
17/07/2017
08:30 MYT
Sponsor Banner
Kalau Nak Spot Check, Saya Tak Ambil Job & Tinggalkan Suami Sendiri Di JB – Mia Ahmad
Pelakon Mia Ahmad menafikan dakwaan sebuah blog yang mengatakan sering membuat ‘spot check’ ke atas suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Dakwa blog itu lagi, Mia kononya melakukan tindakan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Mia yang geram dengan tuduhan tersebut tampil memberi penjelasan menerusi akaun Twitternya semalam.
Kata Mia, berita yang ditulis oleh penulis blog, Terengganu Times itu juga sama sekali tidak benar.
Sementara itu, suaminya, Izham juga akui tidak pasti bagaimana isu tersebut boleh berlaku dan meluahkan rasa kecewa kerana kenyataan mereka berdua telah diputar belit.
Dalam pada itu, Mia juga turut berkongsi kapsyen terbaru di Instagramnya dan mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan berkongsi berita yang tidak benar.
"Dan hati-hati juga buat jari jemari yang suka share benda yang tidak sahih. #spreadlovenotwarplease," tulisnya.
Teks oleh: Mya Amri
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar