Gaya Hidup
"Kalau Pakai Uniform, Kena Tarik Beg..." - Zarul Kongsi Apa Yang Ada Selalu Pramugara & Pramugari Bawa Dalam Beg Besar
Sangat menarik menonton saluran YouTube milik Zarul Umbrella yang kini sudah mempunyai lebih 122,000 pengikut. Apa yang dikongsinya banyak berkait dengan kehidupan pekerja di bidang penerbangan terutamanya pramugara, pramugari dan juruterbang.
Ada ketikanya Zarul berkongsi perkara yang mungkin selalu bermain di fikiran kita tetapi mungkin tidaklah sampai mahu bertanya. Hanya sekadar ingin tahu. Seperti mana perkongsiannya tentang kandungan beg yang dibawa oleh pramugara dan pramugari setiap kali mereka bertugas.
"Ramai wonder apa yang pramugari dan pramugara bawak dalam bag tu kan, kekadang pegi flight tak bermalam kat tempat lain we still bawak beg tu?
"Macam gambar yang 1st tu saya bawak satu check-in bag yang besar tu sebab flight pergi ke London semalaman je. Masa pergi kosong je, balik penuh dengan groceries bag tu," kongsi Zarul pada satu entri di Instagram miliknya.
Menurut Zarul, terdapat beg-beg lain yang diisi dengan keperluan barangan kebersihan peribadi, pakaian kerja gantian dan lain-lain lagi.
"The other bag tu saya letak toileteries, spare uniforms, tool kits, baju tidur untuk tidur kat crew bunk nanti, pastu ada sedikit maggi and frozen dish untuk buat makan kat London.
"And garment carrier bag tu untuk bubuh winter jacket dan accessories macam glove, socks dan lain-lain," terang Zarul.
Tambah Zarul lagi, beg tersebut merupakan sebahagian daripada pakaian kerja mereka.
"Their bag is part of their uniform, so tiap kali pakai uniform, kena tarik bag sebab SOP cakap macam tu.
"Nak tahu macam-macam lagi cerita pasal cabin crew, feel free to check out my YouTube Channel. Link on my bio. Seat back rilex and enjoy the flight!" kata Zarul yang mempunyai pengalaman selama 17 tahun sebagai pramugara.
Zarul meletak jawatan sebagai pramugara selepas dia menyertai program Gegar Vaganza musim yang ketiga dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya sebagai anak seni.