Berita
"Kalau Rasa Gatal Sangat, Garu Je Tak Payah Lebih-Lebih" - Ini 'Amaran' Isteri Pada Rody Kristal
Isteri kepada gitaris Rody Kristal, Niena Azman berharap agar suaminya dapat menjaga tingkah laku ketika berada di luar.
Menerusi entri di Instagram (IG), Niena berkongsi gambar bersama suaminya berserta kapsyen seolah-olah memberi amaran kepada Rody.
"Setia pada yang satu En.Mi, boleh? Kalau rasa gatal sangat, garu je tak payah lebih-lebih ok?
"Duniawi sekarang banayk godaan, cobaan dan dambaan. Seorang lelaki diuji ketika dia ada segala-galanya, bila dia tak ada apa-apa I pun taknak. Ok gurau," tulisnya.
Rata-rata terhibur dengan kapsyen yang dikongsikan oleh Niena dan mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Mereka juga telah dikurniakan seorang anak bernama Adithya Jabbar yang dilahirkan pada 14 Januari lalu.