Laman Utama

“Kalau Satu Hari Nanti Saya Jatuh….” Haqiem Rusli Pilih Haluan Baru Demi Masa Depan?

Hanafis Haris
10/08/2020
09:40 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Satu Hari Nanti Saya Jatuh….” Haqiem Rusli Pilih Haluan Baru Demi Masa Depan?

Penyanyi Haqiem Rusli menyifatkan perniagaan kedai makan yang diceburinya baru-baru ini sebagai satu ‘back up’ dan persediaan untuk masa hadapan.

Menurut Haqiem, dia harus bijak merancang masa depan pada ketika dirinya masih ada 'nilai' dalam industri hiburan.

“Perniagaan restoran SanThai Village ini merupakan idea saya dan pasukan saya termasuklah ahli keluarga.

“Memang saya dah rancang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi baru hari ni beroperasi.

“Lagipun dah lama saya plan nak buka restoran macam ni, mana tahu nanti saya dah tiada rezeki dalam nyanyian, mungkin restoran ini boleh jadi 'back up'.

“Bukanlah saya nak mendoakan yang tak baik untuk diri sendiri, cuma kita perlu ada perancangan masa depan,” katanya.

Tambah Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, menerusi SanThai Village ini dia cuba mewujudkan suasana kampung dengan citarasa yang lebih lokal.

“Uniknya steamboat restoran saya ini, orang ramai boleh cuba kuah asam pedas. Bahan-bahan steamboat pun ada lebih daripada 20 jenis untuk anda cuba.

“Selain itu, ada juga hidangan sampingan lain boleh dipilih pelanggan cuba,” katanya.

Haqiem ditemui ketika majlis pelancaran restoran SanThai Village di Platinium Walk, Setapak, Jumaat lalu.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar