Hiburan

“Kalau Saya Cikgu BM, Saya Bagi A Dekat Penulisan Yonnyboii” – Lan Typewriter Komen Lagu Kelabu

Mya Amri
01/07/2020
05:00 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Saya Cikgu BM, Saya Bagi A Dekat Penulisan Yonnyboii” – Lan Typewriter Komen Lagu Kelabu
Penyanyi Azlan Typewriter mempunyai alasan tersendiri apabila bersetuju untuk bekerjasama dengan Yonnyboii menerusi lagu terbaharu berjudul Kelabu.
Menurut Lan, dia menerima tawaran tersebut kerana kagum dan tersentuh dengan lirik yang ditulis oleh penyanyi tersebut.
“Kalaulah saya ini cikgu Bahasa Melayu… Saya akan bagi A dekat penulisan Yoonyboii. Penulisan lirik dia sangat jujur.
“Disebabkan lirik itu jugalah yang membuat saya sendiri rasa saya perlu untuk bekerjasama dengan Yonny,” katanya kepada Gempak.
Azlan ditemui di sidang media majlis perlancaran single Kelabu bertempat di pejabat Universal Music di Menara Symphony, Seksyen 13, Petaling Jaya pada Isnin.
Mengulas mengenai Kelabu, Lan memberitahu dia menampilkan sedikit kelainan dari segi nyanyiannya.
“Untuk lagu ini saya berikan sedikit kelainan dari segi style di mana kali ini saya tidak ‘menjerit’ sebabnya saya tidak mahu tergelincir dari direksi lagu itu sendiri.
“Kalau kita menjerit dekat lagu Kelabu ini pada saya tidak sesuai sebab dia akan menganggu elemen-elemen permulaan itu.
“Secara automatik dia mungkin boleh jadi overshadow atau boleh jadi perkara yang sangat membosankan,” jelasnya.
BACA: Banyak Isi Tersirat, Kelabu Gabungan Mantap Yonnyboii Dan Azlan Typewriter
BACA: “Saya Kemalangan Tapi Mereka Ejek Kepala Tabung” – Kesan Dibuli Yonnyboii Trauma Pernah Terfikir Terjun Tingkap
Terdahulu, lagu dan lirik video muzik Kelabu baru sahaja dilancarkan di semua platform muzik terpilih.
Manakala video muzik rasminya pula dijangka dilancarkan sebulan kemudian.
Pada masa yang sama dengan mengalu alukan kehadiran single berkenaan, kempen anti buli turut diadakan.
Bagi peminat lagu ini atau mereka yang mahu berkongsi pengalaman kena buli, boleh menulis tanda pagar #KELABU #HentikanBuli.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar