BERITA
"Kalau Saya Miskin Pun Di Dunia" - Zulin Aziz Dedah Hikmah Selepas Bertudung Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengakui bersyukur apabila semakin dimurahkan rezeki selepas mengambil keputusan untuk bertudung.
Menurut Zulin, dia reda jika tidak mendapat tawaran lakonan selepas bertudung dan percaya kepada rezeki yang telah ditentukan.
"Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab, ramai cakap saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.
"Tapi saya kuatkan hati, saya percaya pada rezeki Allah. Kalau saya miskin pun di dunia, saya nak kaya dengan pahala di akhirat, InsyaAllah.
Allahuakhbar. Pagi tadi bila leyla tulis dlm group dia nak pakai tudung.. @emeliehanif_official pun ckp hati dia sayu,dia kata dia pun nak berhijab. Allahuakhbar.Allahuakhbar. Doakan kawan2 saya yaaa semua... Indahnya persahabatan kami ni tak tau nak ckp mcmana. InsyaAllah kami saling menyokong antara satu sama lain kearah kebaikkan.Perlahan-lahan,kita belajar jadi baik dari sebelumnya. Kita susah sama2 Senang sama2 Nangis sama2 Ketawa sama2 Allah jemput kita berdua pergi umrah bersama @emeliehanif_official. Allah beri kita rezeki,beri kita peluang, Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah terus beri kita hidayah. Semoga Allah bukakan,sucikan hati setiap dari kita. Hidayah milik Allah Doakan semoga @emeliehanif_official kuatkan iman,kuatkan pendirian dan yakin dengan rezeki Allah swt. Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab,ramai ckp saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.Tapi saya kuatkan hati,saya percaya pada rezeki Allah.Kalau saya miskin pun didunia ,saya nak kaya dengan pahala di akhirat,insyaAllah. Alhamdulillah,saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab.Saya dapat mcm2 tawaran yg saya tak pernah dapat masa saya free hair. Kita mencari rezeki dan berkat Allah InsyaAllah Allah permudahkan Sahabatku dunia akhirat. ? @leyla_krisya @emeliehanif_official A post shared by
Zulin Aziz (@zulinaziz) on
Mar 20, 2019 at 7:32pm PDT
"Alhamdulillah, saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab. Saya dapat macam-macam tawaran yang saya tak pernah dapat masa saya free hair.
"Kita mencari rezeki dan berkat Allah. InsyaAllah Allah permudahkan
Sahabatku dunia akhirat," tulisnya
Rata-rata kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zulin dan mendoakan agar dia terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.