BERITA

"Kalau Saya Miskin Pun Di Dunia" - Zulin Aziz Dedah Hikmah Selepas Bertudung

Rozaimi Zubaidi 21/03/2019 | 08:11 MYT
Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengakui bersyukur apabila semakin dimurahkan rezeki selepas mengambil keputusan untuk bertudung.

Menurut Zulin, dia reda jika tidak mendapat tawaran lakonan selepas bertudung dan percaya kepada rezeki yang telah ditentukan.

"Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab, ramai cakap saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.

"Tapi saya kuatkan hati, saya percaya pada rezeki Allah. Kalau saya miskin pun di dunia, saya nak kaya dengan pahala di akhirat, InsyaAllah.

"Alhamdulillah, saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab. Saya dapat macam-macam tawaran yang saya tak pernah dapat masa saya free hair.

"Kita mencari rezeki dan berkat Allah. InsyaAllah Allah permudahkan
Sahabatku dunia akhirat," tulisnya

Rata-rata kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zulin dan mendoakan agar dia terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
#Penyanyi #Zulin Aziz #Bertudung #Penyanyi