“Kalau Saya Sedih, Dia Yang Buat Saya Ketawa Semula” - Bella Astillah Nafi Bersedih Kerana Syed Saddiq
Kemesraan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Syed Saddiq semakin mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, Bella tampil menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia bersedih kerana Ahli Parlimen Muar itu.
Akui Bella, dia memang sedang bersedih namun tidak dapat dikongsikan perkara tersebut kepada umum.
@ayuuariffin84 Bella bersedih bukan kerana YB dan YB sangat baik #fyp #bellaastillah #syedsaddiq #bella #viral #sad @bellaastillah_94 @syedsaddiq ♬ bunyi asal - nostalgia lagu lama&baru - M.riduan_official92
“Memang betul saya sedih ketika itu, tetapi bukan kerana YB atau sesiapa, cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan,” jelasnya ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
YB penghibur hati Bella
Dalam pada itu, pelantun lagu CA CA CA itu turut menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang pendengar yang baik dan sentiasa menghiburkan hatinya ketika bersedih.
“Saya nak jujur, YB seorang yang sangat baik. Kalau saya nangis YB orang pertama yang mendengar cerita kesedihan itu.
“Dia lah membuatkan saya ketawa semula. Janganlah cakap dia buat saya sedih.
“Dia pendengar yang baik. Dia tak pernah buat saya sedih. Never,” ujarnya.
Terdahulu, tular sepotong video memaparkan sesi siaran langsung Bella dan Syed Saddiq yang melakukan aktiviti memasak.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat raut wajah Bella yang muram sekaligus menimbulkan spekulasi yang mengatakan Bella bersedih kerana Syed Saddiq.