Laman Utama
“Kalau Sayang Anak, Bagilah Anak Duduk Dekat Baby Car Seat” - Ayda Jebat
Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat begitu prihatin dan teliti terhadap gaya serta cara penjagaan anaknya, Ana Nayla.
Dari segi keperluan harian sehinggalah rutin kesihatan, penyanyi lagu Better Than You itu mempunyai cara tersendiri bagi memberikan keselesaan terhadap anak kesayangannya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ayda menyarankan agar ibu bapa menyediakan tempat duduk bayi dalam kereta bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini.
Ujar Ayda, masih ramai yang belum sedar tentang kepentingan kerusi kereta bayi (baby car seat) dan dia sentiasa senang untuk mengingatkan para ibu dan bapa untuk menggunakan baby car seat bagi bayi yang masih kecil.
“Pesanan untuk mommies dan daddies. Kalau sayang anak, bagilah anak duduk dekat (baby) car seat. Demi keselamatan si kecil. Percentage orang kita tentang kepentingan car seat ni memang rendah.
“Kita jangan tergolong dalam kategori itu. Yang suka pegang babu sambil duduk depan atau ada sahaja car seat tapi malas nak letak… please. Dari kecil kena educate baby untuk duduk car seat.
“Ok itu sahajalah. Saya akan tengok sesiapa kawan yang ada baby tak duduk car seat, saya mesti DM dan remind. Sebab saya sayang korang,” katanya.
Terdahulu, sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ayda meminta ahli keluarga yang ingin berziarah supaya melakukan ujian saringan terlebih dahulu bagi menghindari jangkitan COVID-19.
Ujar Ayda, rutin saringan berkenaan terpaksa dilakukan kerana negara masih lagi berjuang untuk memerangi wabak berbahaya tersebut.