Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Kalau Tak Ada Duit, Beli Ayam Penyet Tepi Jalan” - Kembali Panas, Wanita Ini Tarbiah Kaklong Gara-Gara…

Hanafis Haris 07/03/2022 | 03:25 MYT

Kontroversi membabitkan seorang wanita yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka yang dikenali sebagai Kaklong nampak gayanya masih belum berakhir.

Ini kerana muncul satu lagi watak yang menempelak tindakan Kaklong sewaktu membuat hal di sebuah restoran makanan segera.

Menerusi sebuah video yang tular, wanita itu mengkritik tindakan Kaklong yang masih memilih untuk membeli makanan lebih mahal biarpun tidak mempunyai duit yang cukup.

“Kalau tak ada duit tak payah makan KFC, beli ayam penyet tepi jalan.

“Nak air batu kat situ pun ada, seringgit je.

“Duit ada RM30 tapi nak makan KFC,” katanya.

Tambahnya, ada benda yang boleh dimarah, namun selebihnya harus bersabar.

“Nak marah orang tak perlu live, ada benda kita boleh cakap, ada benda tak boleh. Sabar!

“Tak perlu marah nak live,” katanya.

Terdahulu, isu berkaitan Kaklong tular selepas wanita itu melepaskan kemarahan kepada pekerja sebuah kedai serbaneka apabila anaknya dituduh mencuri.

Difahamkan, wanita itu terlebih dahulu membuat live di Facebook sebelum memarahi pekerja-pekerja yang berada di kaunter.

Namun, apa yang mencetuskan kemarahan orang ramai adalah sikap wanita itu yang dikatakan berlagak seperti samseng dan tidak beradab.

Lebih teruk lagi, anaknya yang sedang menangis turut menendang kaunter sambil menjerit kepada pekerja pasaraya tersebut.

Terbaru, wanita itu telah pun memohon maaf kepada pekerja kedai tersebut.

BACA : “Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun...” - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya…

#KFC #7E #AyamPenyet #Kaklong
;