Laman Utama

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah

Azwa Rahman
05/07/2022
01:14 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Penyanyi rap Caprice melahirkan rasa kurang senang terhadap segelintir kaum adam yang sanggup pergi ke kedai seorang peniaga wanita yang tular di Terengganu untuk menikmati air buah yang dijual di premisnya.
Menurut Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli, 34, kedai menjual air buah cukup senang didapati di Kuala Lumpur (KL), mengapa mereka sanggup konvoi beramai-ramai untuk ke kedai wanita terbabit.
Menerusi laman sosial Instagram, Caprice memuat naik video ‘What Is On The News Today’ bagi mengulas lanjut perkara tersebut atas permintaan wargamaya.
“Salam takziah pada abang-abang kita yang ada anak bini yang terlibat dalam kes ni. Cap tak faham orang yang sanggup datang dari KL untuk cuba dia punya air buah.
“Sedangkan kat KL ni berlambak air buah kecuali depa semua kata barang kat KL terlalu mahal dan barang dia murah. Iyelah, barang murah siapa je taknak,” jelasnya.
Dalam pada itu, Caprice turut berseloroh mahu meninjau kedai air buah wanita terbabit yang terletak di Setiu namun dihalang oleh isteirnya, Farra Inalis.
“Cap pun baru nak gerak ke Terengganu untuk siasat kes ni dengan lebih lanjut tiba-tiba bini Cap bagi warning, hang jangan buat hal, so kita pun tak jadi buat hal,” ujarnya lagi.
Tampil memberikan nasihat, Caprice menyeru agar kaum lelaki yang melawat kedai terbabit dengan niat yang tidak baik, untuk segera mencari wanita untuk dijadikan isteri.
Malah, kelakuan tidak bermoral seperti memeluk dan memegang pinggang wanita itu boleh diatasi jika lelaki-lelaki gatal ini sudah mempunyai pasangan.
“Cap nak pesan kepada kaum lelaki yang tengah miang, hang pi la cari bini. Kalau hang tak dak bini, hang pi la buat bini.
“Kalau hang rasa muka hang pecah, tak dak sapa nak, hang pi la cari muka pecah yang dia pun rasa tak dak siapa nak. Settled masalah,” ujarnya lagi.
Pada Isnin, sebuah video menunjukkan kelakuan tidak senonoh segerombolan lelaki terhadap seorang pekerja wanita yang seksi di kedai tersebut tular di media sosial.
Premis tersebut turut mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tindakan boleh diambil di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
BACA: “Mengucap Panjang Jugak Tengok Video Ni” - Netizen Kritik ‘Kakak Kedai Makan’ Bergambar Mesra Dengan Gerombolan Lelaki?
BACA: "Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar