Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

“Kalaulah Aku Yang Makan…” - Individu Kongsi Kronologi Warung Soto Ayam Guna Daging Isteri Yang Diberikan Secara Percuma Kepada Pelanggan

Ainun 15/10/2024 | 04:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu mendedahkan bahawa sebuah warung yang menjual soto daging lembu sebenarnya adalah daging manusia.

Menurut pemilik akaun tersebut, kejadian ini telah berlaku sekitar tahun 2000, di mana sepasang suami isteri ini pada awalnya membuka warung kecil yang menjual soto di sebuah terminal di Kampung Rambutan, Indonesia.

Kejadian ini tercetus apabila suami, Benget Situmorang, telah berlaku curang terhadap isterinya, Darna Sri Astuti, dan ini merupakan kali kedua Benget berbuat demikian.

Namun, disebabkan tidak mampu menahan diri untuk bersama dengan pasangan curangnya, Benget nekad ingin melakukan kekerasan terhadap isterinya itu dengan memukul isteri dengan tangan kosng, diheret dan simbah air, dipukul dengan batang pokok serta memasukkan botol yang berisi air panas ke dalam kemaluan Astuti.

Pada masa yang sama, suami Astuti itu turut menuduh isterinya berlaku curang terhadap dirinya.

“Pada 1 Mac 2013, Benget memaksa Astuti minum minuman keras sehingga dia mabuk, kemudian melakukan hubungan intim dengannya. Namun, ketika Astuti leka, Benget memukul isterinya itu berkali-kali dengan tangan kosong.

“Tidak cukup dengan itu, Astuti diseret ke bilik air, disiram dengan air, dipukul dengan kayu balak, dan kemaluannya dimasukkan botol berisi air panas hingga dia menjerit kesakitan.

“Tetapi, bukannya merasa kasihan, Benget terus melakukan penderaan terhadap Astuti. Diketahui kemudian, Benget menuduh Astuti berselingkuh, sebab itulah dia sanggup melakukan perbuatan kejam ini terhadap wanita itu,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Setelah pelbagai seksaan yang diterima oleh Astuti, akhirnya isteri tersebut meninggal dunia, membuat Benget mula berasa risau akan kejadian itu.

Kemudian, mengambil keputusan untuk kerat badan isterinya itu kepada beberapa bahagian dan isi isterinya itu dijadikan sebagai bebolah daging soto untuk dijamukan kepada pembeli serta menjual soto daging itu secara percuma.

“Kejahatan keduanya terungkap setelah ada saksi mata yang melaporkan sebuah angkot merah mencurigakan yang terlihat beberapa kali berhenti dan melempar plastik berukuran besar ke tepi jalan tol.

“Apabila diperiksa, plastik itu berisi potongan kepala Astuti.

“Benget mengakui semua perbuatannya, termasuk menghidangkan daging Astuti untuk makanan percuma rakan-rakannya.

“Dia dan Tini dinyatakan bersalah atas kes pembunuhan berencana, dengan Benget dijatuhi hukuman mati, sementara Tini yang membantunya dijatuhi hukuman 14 tahun penjara," jelasnya

Walau bagaimanapun, kejadian itu berjaya menahan Benget bersama pasangan curangnya di rumah kerana mereka melihat Benget berkelakuan pelik pada ketika itu. Mereka juga mengaku bersalah atas kejadian tersebut dan menerima hukuman yang setimpal.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen meluahkan rasa ketakutan bimbang akan keselamat penduduk di kawasan itu.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut berjaya meraih sebanyak 4.7 juta tontonan dan 38,000 ribu butang suka.

#Suami #Isteri #Daging #Curang #Jual #Individu #Manusia #kronologi #Seksa #“aplikasi #soto #X”
;