Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kamal Bakar Meninggal Dunia Selepas 2 Minggu Dirawat Di ICU

Asyikin Mayudin 24/06/2024 | 21:00 MYT
Selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka, pelakon Kamal Bakar, 62, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1 pagi Selasa.

Berita pemergian arwah dimaklumkan sendiri oleh anak sulungnya, aktor Hanis Kamal, 35, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi Whatsapp.

"Assalamualaikum semua, ayah sudah meninggal dunia. Jam 1 pagi tadi (Selasa),” katanya.

Terdahulu, arwah yang sudah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat dilaporkan dalam keadaan nazak.

Hanis berkata, ayahnya sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sekadar info, Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem antaranya adalah Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar dan Ratu Teh Pin.

#Anak Kamal Bakar #Kamal Bakar #Kamal Bakar meninggal
;