Laman Utama

“Kami Bukan Orang Kaya Berjuta Duit…” - Isteri Atu Perjelas Lakukan Misi Bantuan Bukan Untuk Populariti

Mya Amri
14/07/2022
06:37 MYT
Sponsor Banner
“Kami Bukan Orang Kaya Berjuta Duit…” - Isteri Atu Perjelas Lakukan Misi Bantuan Bukan Untuk Populariti
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari menjelaskan tujuan mereka melakukan misi bantuan bukanlah untuk mengejar populariti.
Kata Shafeeqa, walaupun ada segelintir pihak mempertikaikan niat mereka namun perkara itu tidak melemahkan semangatnya.
“Sisi lain Shafeeqa johari selain dari penjual kek lapis dan isteri seorang pelawak… Saya juga seperti isteri insan lain.
“Yang ingin mencapai cita-cita dan dibayangi kejayaan insan lain. Saya juga berusaha biarpun usaha saya tidak jelas untuk dilihat dari mata insan lain.
“Tapi saya puas, biarpun tidak nampak kepuasannya dari mata kasar… Niat membantu itu melapangkan hati saya biarpun ada mulut-mulut yang mengatakan ‘jika mahu bantu, tak perlu diwarwarkan di media sosial,’” coretnya.
Menerusi hantaran yang sama di akaun Instagramnya, Shafeeqa juga menyatakan sebaliknya dia dan Atu melakukannya dengan niat yang ikhlas dan berharap usaha mereka dapat menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan kebaikan.
“Ingin saya jelaskan, saya menggunakan socmed saya ke arah membantu insan lain. Dengan harapan ada insan-insan lain yang mengikuti saya juga ingin membantu.
“Alhamdulillah… Ramai yang baik hati mereka sudi bersama-sama saya. Bukan untuk mengejar kekayaan dunia, tapi mengejar keredhaan Allah.
“Sisi saya sebagai seorg anak, bersyukur ada keluarga yang membantu, jagakan anak-anak ketika saya keluar menjalankan misi bantuan.
“Susah ya, saya wanita dan seorang ibu nak meninggalkan anak. Terima kasih mak, ayah, ibu mertua, adik-adik yang bekerjasama dengan saya sepanjang saya menjalankan misi..
“Misi demi misi kami fikirkan. Bukan untuk populariti, tapi kami menggunakan populariti untuk salurkan bantuan.
“Kami bukan orang kaya yang berjuta duit simpanan untuk membantu, jadi saya usahakan untuk berfikir saluran yang baik untuk saya salurkan bantuan.
“Moga Allah memberi saya semangat dan taqwa untuk terus membantu. Semoga anak-anak mewarisi apa yang telah saya usahakan ini.
“Tiada harta bergunung untuk kami wariskan… Hanya ini yang kami ada… Sejarah untuk anak-anak tatap di kemudian hari,” tulisnya.
Shafeeqa mendirikan rumah tangga dengan Atu pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar