Berita
"Kami Rawat PATI Dengan Baik" - Doktor Jawab Fitnah Al-Jazeera
Seorang doktor perubatan, Kenneth Wong Chen Fei tampil menjawab fitnah mengenai laporan tidak tepat media antarabangsa Al-Jazeera baru-baru ini.
Kata Kenneth, semua pendatang tanpa izin (PATI) yang menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu diberikan layanan baik.
"Al-Jazeera membuat tuduhan yang tidak wajar dan pembohongan mengenai pengurusan dan rawatan PATI di Malaysia.
"Saya sendiri berkhidmat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, MAEPS Serdang selama sebulan lebih.
"Kami rawat lebih 800 orang pesakit COVID-19 yang terdiri daripada PATI. Semuanya dilayan secara adil dan baik.
"Kami menghormati mereka sebagai manusia, memberi makan sebanyak tiga kali sehari dan setiap hidangan mengandungi sayuran, nasi dan daging.
"Tilam pula dalam keadaan elok dan bangunan punyai penghawa dingin. Mereka diberikan pek toiletry, tuala dan makanan kering setiap seorang.
"Tiada seorang pun dilayan dengan buruk. Kami juga berikan mereka kebebasan untuk menunaikan solat dan ke tandas.
"Apabila mereka dibenarkan keluar, mereka diberikan pakaian baharu," jelas Kenneth.
Dalam pada itu, Kenneth memberitahu setiap rawatan COVID-19 berharga RM400 ditanggung kerajaan.
"Saringan percuma (1 test=RM300 - RM400), makanan percuma, rawatan percuma, baju percuma. Semua kerajaan Malaysia tanggung!
"Apa lagi mereka mahu? Laporan Al-Jazeera tidak berasas dan tidak betul," tulisnya lagi.
Baru-baru ini, Al-Jazeera menyiarkan laporan tidak tepat mengenai cara Malaysia merawat pesakit COVID-19 yang terdiri daripada PATI.
Al-Jazeera making false claims (pembohongan/tuduhan tidak wajar) against Malaysia regarding the management and treatment...Posted by Kenneth Wong Chen Fei on Monday, July 6, 2020
Seorang pemuda Bangladesh seolah-olah menggambarkan kerajaan Malaysia melayannya dengan kejam kerana tidak mengendahkan permintaan untuk bertemu rakan-rakan di luar.
“Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan-kawan,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Al-Jazeera.
Must-Watch Video